BENARKAH penyanyi Sufian Suhaimi didakwa meninggalkan kekasihnya hanya untuk pelakon, Elfira Loy?
Itu persoalan yang timbul apabila netizen memuat naik gambar seorang wanita di laman sosial baru-baru ini dengan mendakwa wanita yang dikenali sebagai Izyan itu adalah teman wanita pelantun lagu Terakhir ini.
Sufian juga turut dikecam kerana dianggap sudah lupa daratan selepas popular dan mengaitkan nama Elfira sebagai punca keretakan hubungan Sufian dan Izyan.
Seperti yang diketahui, sudah ada gosip yang tersebar luas mengenai kononnya sudah ada bibit-bibit cinta yang baru mahu berputik antara Suhaimi dan Elfira.
Namun, kedua-duanya menjelaskan hubungan rapat mereka hanyalah sebagai kawan.
mStar Online melaporkan, Suhaimi mengakui wanita dalam gambar itu adalah bekas kekasihnya dan tiada penjelasan yang perlu dilakukan kerana ianya adalah perkara peribadi.
Menurutnya, ada yang memarahinya selepas gambar tersebut menjadi tular dan membuat kesimpulan sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Ini bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini.
“Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen. Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan,” katanya yang dipetik dari mStar Online.
Kesian Sufian, sepatutnya netizen jangan cepat buat spekulasi sebelum mengetahui cerita yang sebenar.
Jika tidak habis tercalar nama dan maruah seseorang artis itu akibat fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Pemerhatian di laman Instagram Izyan mendapati terdapat beberapa keping gambar dia bersama Sufian dan yang terbarunya adalah lima minggu yang lalu telah dimuat naik.
Kebanyakkan gambar itu jelas memberi gambaran mereka adalah pasangan kekasih dengan perkataan Love dan komen rakan-rakan yang mahu melihat mereka berkahwin. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments