Wednesday 17 May 2017

Kahwin Rakyat Biasa, Puteri Hilang Kelayakan Diraja


CUCU perempuan Maharaja Jepun, Puteri Mako sanggup kehilangan status diraja sebaik mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya, seorang rakyat biasa, Kei Komura.

Puteri Mako, 26, dilapor akan melangsungkan perkahwinan dengan Kei dalam masa terdekat sekali gus hilang kelayakan sebagai puteri raja dan akan bergelar rakyat biasa selepas ini.

Kei merupakan pelajar Universiti Antarabangsa Kristian di Tokyo, lokasi penggajian sama yang turut dihadiri puteri raja itu.

Pasangan itu dilaporkan berkenalan di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo lima tahun lalu pada sebuah parti yang diadakan untuk membincangkan perihal menyambung pengajian di luar negara.

Sejak itu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama sehingga membibitkan rasa cinta di antara satu sama lain.

Kei, 26, kini bekerja sebagai ‘Putera Laut’ iaitu individu yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan kawasan pelancongan di pantai Shonan dekat wilayah Kanagawa.

Kedua-dua ibu bapa Mako dilaporkan merestui hubungan mereka memandangkan pemerintahan kerabat diraja Jepun tidak mengiktiraf wanita sebagai peneraju takhta. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments