Managua, Nicaragua: Seorang wanita yang dituduh dirasuk syaitan maut selepas dibakar hidup-hidup dalam satu upacara untuk membuang roh jahat.
Vilma Trujillo, 25, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di hospital akibat melecur seluruh badan apabila dibakar sekumpulan penduduk di kampung El Cortezal di timur laut Nicaragua.
Media tempatan melaporkan, Vilma ditangkap seorang lelaki, Juan Rocha yang mengaku sebagai paderi dari sebuah kumpulan gereja dan menuduh wanita itu dirasuk syaitan.
Rocha dan beberapa pengikutnya membogelkan Vilma sebelum mengikat wanita itu dan mencampaknya ke dalam longgokan kayu yang dibakar.
Bagaimanapun, keluarga Vilma menyedari kejadian itu dan segera menyelamatkan wanita berkenaan. – Agensi/HMetro
No comments:
Write comments