MALANG menimpa seorang wanita apabila dia meninggal dunia akibat dibakar hidup-hidup di tempat pengebumian beberapa jam selepas doktor secara tidak sengaja mengesahkan dia sudah meninggal dunia.
Rachna Sisodia, 24, pada mulanya disahkan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan beberapa jam selepas itu, suaminya, Devesh Chaudhary, 23, telah menyiapkan dia untuk pengebumian di Uttar Pradesh.
Bagaimanapun terdapat laporan bahawa wanita itu telah diseret daripada tempat pembakaran selepas dia dipercayai masih hidup. Ini menyebabkan siasatan terpaksa dijalankan.
Bedah siasat yang dijalankan menunjukkan terdapat zarah hangus dalam salur udara serta paru-parunya dan keadaan itu tidak akan berlaku sekiranya Sisodia tidak bernafas.
Manakala dua orang doktor yang memeriksa mayatnya pula mendapati punca kematian sebenar Sisodia bukannya disebabkan jangkitan paru-paru sebaliknya terkejut kerana dibakar hidup-hidup.
“Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu dibakar hidup-hidup. Doktor menyimpulkan bahawa wanita itu meninggal dunia selepas dibakar di tempat pengebumian,” kata polis.
Dalam pada itu, bapa saudara Sisoda telah menuduh suami dan 10 rakan-rakannya melakukan serangan seksual serta membunuh wanita itu.
Dakwaan itu diambil serius oleh polis namun kesemua lelaki terbabit telah menghilangkan diri. – Mynewshub.cc
No comments:
Write comments