Friday, 10 March 2017

Wanita didakwa di mahkamah kerana rogol lelaki dua kali


Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol seorang lelaki sebanyak dua kali dalam satu insiden luar biasa di South Shields Britain baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagi Katie Brannen, 26 dikatakan menyerang mangsa pada Januari lalu di Tyne and Wear.

Dalam perbicaraan mahkamah, Katie Brannen tidak diminta untuk membuat sembarang pengakuan, beliau hanya ditanya adakah beliau pemilik nama yang tersenarai dalam perbicaraan tersebut.

Pendakwa Julie Clemitson memberitahu perbicaraan mahkamah akan berlangsung kira-kira empat hari.

Hakim Robert Spragg mengarahkan perbicaraan yang hendak dilangsungkan pada 4 April ditukar pada 25 hari bulan itu bagi mengumpulkan bukti-bukti yang menyatakan tertuduh bersalah.

Pada masa yang sama Brannen dibenarkan diikat jamin, akan tetapi harus mematuhi beberapa syarat yang ditentukan. - Eberita

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments