Sejak 1924, semua presiden AS hadiri jamuan makan malam bersama media, Obama menghadirinya lapan kali, namun Trump menolak menghadirinya awal-awal lagi…
NEW YORK: Presiden Amerika Syrikat, Donald Trump, mengumumkan tidak akan menghadiri jamuan makan malam yang diselenggarakan setiap tahun oleh Gabungan Koresponden Rumah Putih.
Trump mencuit pengumuman tersebut di media sosial Twitter, “saya tidak menghadiri Makan Malam Gabungan Koresponden Rumah Putih tahun ini. Berharap semuanya baik dan nikmati malam yang indah!”
Jamuan makan malam para wartawan yang diadakan di Rumah Putih setiap tahun itu kali ini berlangsung 29 April 2017.
Pengumuman tersebut dihantar Trump muncul selepas hubungan Trump dengan media renggang.
Jumaat minggu lepas, media BBC, CNN, Buzzfeed dan harian The New York Times dilarang membuat liputan pertemuan tidak formal anjuran Trump berlangsung di pejabat Setiausaha Rumah Putih, Sean Spicer.
Beberapa jam sebelum pertemuan, Trump menyerang media dengan menuduh mereka menyiarkan berita palsu berkaitan isu ejen perisikan Rusia yang dikaitkan dengan kempen pemilihan Presiden AS hujung tahun 2016.
Trump berkata, “berita palsu” adalah “musuh rakyat”.
Sangat malang bagi Trump yang sedang memegang tampuk kuasa negara demokrasi paling berkuasa di dunia tidak mempercayai isu kebebasan akhbar dunia.
Menurut The New York Times, sejak 1924, setiap presiden menghadiri jamuan makan malam bersama media di Rumah Putih sekurang-kurangnyua sekali semasa menjawat jawatan Presiden AS.
Namun, Trump pada tahun pertama menjawat jawatan tersebut, siang-siang lagi sudah membuat kontroversi tidak menghadiri majlis penting merapatkan diri dengan pengamal media.
Benarlah, bukan Trump kalau tidak memprovokasi dan membuat kontroversi.
Bagaimanapun, Trump masih ada peluang empat tahun lagi sebelum rakyat AS menilai sekali lagi kelayakannya memegang kuasa negara kuasa besar itu.
Mantan Presiden AS Barack Obama, sebelum ini dikatakan menghadiri majlis makan malam bersama media itu sebanyak lapan kali iaitu setiap tahun, sepanjang memegang tampuk kuasa AS.
Bahkan, Trump sendiri turut menghadirinya sebagai tetamu sebelum menjadi Presiden AS. – Sarawakvoice
No comments:
Write comments