Rintihan seorang ibu yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 1 tahun 3 bulan. Ibu muda ini sedang mencari ayah kepada anak lelakinya yang hilang entah ke mana dan tidak dapat dihubungi semenjak anaknya dilahirkan.
Sedih apabila membaca rintihan ibu ini yang dikenali sebagai Salzelin Osman. Menurut Salzelin, dia mengenali lelaki berkenaan cuma 20 hari sahaja dan terus diajak berkahwin.
Tiada majlis perkahwinan dilakukan, tiada persandingan, hanya menyarung cincin, akad nikah dan mas kahwin sahaja untuk mengikat kasih diantara Salzelin dan suaminya itu.
Permulaan kisah cinta mereka semuanya dalam keadaan baik sehinggalah ibu muda ini didapati bunting pelamin. Entah di mana silapnya, semuanya serba tak kena.
Ibu mertua seperti membenci wanita ini, memerli dan apa saja yang dilakukan oleh Salzelin semuanya tidak betul dan tidak berkenan di hati ibu mertuanya. Salzelin mula merasa tersingkir dan terpinggir apabila diperlakukan sebegitu.
Sementara itu, lebih mengecewakan satu persatu perangai si suami yang disayangi serta dihormatinya itu mula menonjol dan Salzelin semakin rungsing memikirkannya. Lebih memeranjatkan, suaminya dikatakan telah meminjam wang ribuan ringgit daripada seorang wanita cina dan dia juga telah membaca mesej secara tidak sengaja diantara suaminya dengan wanita cina terbabit.
Salzelin berkata, kerana ingin berkahwin dengan lelaki itu, semua harta bendanya dijual, dia tinggalkan kerjayanya dan terus mengikut lelaki terbabit ke Johor. Oleh kerana lelaki itu berkerja di Singapura dan rumahnya di Masai, Johor, Salzelin akhirnya akur untuk pulang ke kampung kerana dia didapati mengandung dan ingin bersalin di kampungnya.
Menurut Salzelin, hanya bulan pertama sehingga ke bulan lima sahaja segala nafkah suaminya berikan, sehingga kini dia menyepikan diri dan dia hilang entah ke mana. Salzelin hanya inginkan keadilan untuk anak lelakinya, itu sahaja.
Kerana ingin menjaga dan membesarkan anaknya, Salzelin akhir berkerja untuk menyara dirinya dan juga anak yang bakal dilahirkan sehinggakan dia terpaksa menerima berbagai jenis sakit hanya semata-mata untuk mendapatkan duit perbelanjaan sekiranya bersalin nanti.
Suaminya itu juga langsung tidak munculkan diri walaupun Salzelin telah selamat melahirkan anak pertama mereka malah tiada khabar berita langsung dari lelaki kejam itu. Semasa anak kesayangannya dilahirkan, menurut Salzelin hanya pakciknya yang azankan anaknya itu.
Sehingga kini setelah umur anaknya setahun tiga bulan, suaminya itu masih tiada khabar berita dan tidak pula datang mencari darah dagingnya sendiri. Katanya dia perlukan masa untuk stabilkan kewangan dan dirinya.
Walaupun sudah bermacam masalah yang suaminya dan ibu mertuanya lakukan padanya, dia masih lagi memberikan masa untuk suaminya bertanggungjawab ke atas anak lelakinya itu. Namun, usaha itu hanya sia-sia belaka dan juga memaksa Salzelin untuk menyebarkan permasalahan ini.
Ramai yang meminta Salzelin pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan masalahnya bersama suami tetapi Salzelin masih berpegang janji suaminya itu. Katanya selepas setahun dia akan kembali dan bertanggungjawab terhadap anaknya. Sehingga kini setahun tiga bulan dia masih tiada khabar berita.
Kini, Salzelin mempunyai kehidupan baharu, dia telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang amat menghormatinya malah ibu mertuanya juga sangat baik dan menyayanginya seperti anak sendiri.
Namun, Salzelin masih lagi terkilan kerana diperlakukan sebegitu oleh bekas suami pertamanya kerana membiarkan anaknya tanpa khabar berita. Apa yang lebih mengejutkan, keluarga bekas suaminya itu seperti tidak mahu Salzelin menghubungi mereka.
Menurut Salzelin lagi, dia begitu kesal kerana nama lelaki durjana itu ada di belakang nama anaknya itu. Dia memohon kepada orang ramai sekiranya mengenali lelaki berkenaan, segeralah menghubunginya kerana ada banyak perkara yang perlu dia selesaikan.
Besar jasa sesiapa yang tolong share, sebab saya tak nak nanti anak saya dah besar akan tanya di mana lelaki yang namanya di belakang nama dia. Kot ada saudara mara dia yang berhati perut, tolonglah nasihat lelaki ini pasal tanggungjawab - Salzelin Osman
Berikut adalah perkongsian dari Salzelin Osman melalui akaun laman sosialnya;
Tumpang tanya, jika ada sesiapa yang jumpa mamat ni atau mayatnya atau kuburnya, dari anak dia dalam perut sampai dah setahun tiga bulan umur anak ini, dia masih lagi tidak munculkan diri. Nafkah jangan cakaplah.
Mikael lahir pun tak datang azankan, apa lagi nak belikan persiapan. Saya dah lama bersabar. Boleh tolong share tak sampai mamat ni nampak post ini dan dia ingat yang dia ada anak lelaki bernama Mikael Noah Bin Mohd Nazrul Izham.
Ayah Mikael ada seorang abang, adik perempuan seorang dan adik lelaki seorang. Tapi semuanya hilang. Kalau nak jadi playboy ke, gayboy ke, useless boy ke, tak payahlah buat benda yang memalukan macam ni. Apalah dosa anak dia ini kan? Mohon share supaya lelaki ini segera ditemui.
Hampir dua tahun saya mendiamkan diri. Saya tak tuntut nafkah walau satu sen pun sampailah sekarang tapi manusia ni bila kita bagi muka dia pijak kita sampai penyek-penyek.
Besar jasa sesiapa yang tolong share, sebab saya tak nak nanti anak saya dah besar akan tanya di mana lelaki yang namanya di belakang nama dia. Kot ada saudara mara dia yang berhati perut, tolonglah nasihat lelaki ini pasal tanggungjawab.
Mohd Nazrul Izham Bin Nasir, alamat terakhir di Puchong Kinrara, Kampung lelaki ini di Alor Malai, Alor Setar berdekatan masjid yang besar di situ. - Koleksi Viral
No comments:
Write comments