NAMPAKNYA kicauan Twitter pelakon sensasi, Fathia Latiff atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff dilihat mendominasi di media sosial.
Baru sahaja reda dengan episod video viral menunjukkan aset dan berkemban, kini Fathia yang dikatakan agak cenderung pembangkang; sekali lagi ‘menjerut diri’ dengan kontroversi baharu.
Semalam, nama pelakon ini tercalar apabila dikecam kerana salah mentafsir tajuk artikel, Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050 yang disiarkan dalam sebuah portal online.
Ekoran teruk dikecam oleh netizen, Fathia akhirnya tampil bersuara memberi pencerahan berhubung kontroversi yang melanda dirinya itu demi menutup keaibannya.
Menurut Fathia, 29, dia sebenarnya sedar dan faham tentang tajuk berita berkenaan tetapi sengaja memuat naik posting dalam bentuk sarkastik tersebut di laman Twitter.
Tambahnya, ia hanyalah sebagai pandangan peribadi selepas melihat keadaan ekonomi negara yang konon tidak menentu di sebalik laporan terkini Bank Dunia yang memberi imej positif kepada ekonomi Malaysia!
Namun, tidak sangka pula kenyataan berbaur agak antikerajaan itu menjadi tular sekali gus mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen khasnya yang tegar prokerajaan Barisan Nasional.
“Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengajatweet dalam bentuk sarkastik.
“Saya menerima paparan skrin berita itu daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara kurang memuaskan sekarang ini.
“Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.
“Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweetyang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata,” jelasnya dipetik Harian Metro.
Dalam pada itu, Fathia juga menegaskan, dia tidak berniat mempertikaikan kenyataan artikel tersebut. Sebaliknya, hanyalah sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat untuk merubah ke arah yang lebih baik.
“Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius.
“Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.
“Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita.
“Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif,” dalihnya.
Sementara itu, berbekalkan ilmu pengetahuan dalam jurusan undang-undang yang dipelajari, Fathia akui tidak berasa tertekan meskipun menerima kecaman hebat.
“Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini. Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat.
“Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan,” ujar pelakon berkenaan.
Hmmm… Entah apa agaknya yang bermain dalam fikiran pelakon bertudung ini pada ketika itu ya? So, lepas ni kenalah berhati-hati dalam berkata terutama bab ekonomi Malaysia yang sebenarnya stabil.
Apatah lagi sebagai golongan artis, setiap perlakuan dan status di laman sosial pasti menjadi perhatian. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura
1 comment:
Write commentsHERE IS MY TESTIMONY ON HOW I GOT A RICH SUGAR MUMMY CONNECTION.... We offer Sugar Mummy all over Malaysia. These ladies they are divorced and single ladies there is no risk involve we have per-time services and longterms hookup terms hookup. Applicant can make above RM40,000 Per month. Sugar Mummy have change the life of many young boys and girls in Malaysia Mummy pay you RM4,000 each time you meet her our hookup venture in 100% legal risk free. we are one true legitimate agency in Malaysia for urgent hookup CONTACT SERVICES CENTER (whatsaapp +601160954351) For more INFO...
ReplyDelete