Sunday, 28 May 2017

Wanita hamil keguguran selepas dirompak, mahu saman Uber


KUALA LUMPUR - Wanita hamil yang disamun pemandu Uber bersama dengan seorang lagi rakannya pada 21 Mei lalu, mengalami keguguran, lapor Free Malaysia Today.

Wong Mei Yan, 26, berkata, beliau mengalami keguguran kira-kira seminggu selepas kejadian itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber, akibat tekanan emosi dan kerugian yang ditanggungnya..

Menurut Wong, pada hari kejadian itu beliau tidak perasan ada seorang penumpang lain berada di tempat duduk hadapan, atau pemandu Uber berkenaan mempunyai ranking rendah.

'Driver Uber bawa saya entah ke mana..'



Syukur teramat syukur, Allah masih melindungi saya semalam. Saya kongsi sebagai peringatan bersama terutamanya bagi golongan perempuan. Elakkan naik Uber seorang diri kalau perjalanan jauh. 

Kes saya semalam, saya dibawa sampai ke Sungai Buah. Entah kampung mana. Saya dari KTM Nilai nak ke USIM sebenarnya, ada program di sana. Kalau diikutkan, dari KTM Nilai ke USIM jaraknya hanya 4 kilometer sahaja. Tetapi semalam, KTM Nilai ke Sg Buah, 30 kilometer. 

Ya rabbi, jauh sangat saya dibawanya. Saya memang dah rasa pelik sebab sepanjang perjalanan tak jumpa pun signboard ke USIM. Masa itu memang dah rasa tak sedap hati.

Pemandu rempuh penunggang basikal di Johor rayu derma orang ramai


JOHOR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 8 penunggang basikal pada Februari lalu, dilaporkan meminta bantuan orang ramai untuk membiayai yuran guamannya, lapor Free Malaysia Today

Sam Ke Ting, 22, memuat naik status di Facebooknya yang meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul wang sebanyak RM60,000 untuk membiayai yuran guaman.

'Esok awal ramadhan, tergamak buat pakcik ini begini'


TASEK GELUGOR, PULAU PINANG - Seorang wanita memuat naik gambar dan kapsyen mendakwa seorang lelaki warga emas telah disamun ketika menunggang motosikal. 

Menurut Siti Nor Zaimah, kejadian itu berlaku lewat pagi tadi berdekatan BSN, Tasek Gelugor. 

"Pakcik ini cerita dia dirompak suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX5. 
Pakcik kena rompak. Depa naik moto EX5. Depa tendang moto, ambil habis duit dengan IC pakcik. Pakcik nak beli daging buat makan esok, nak...
"Esok awal ramadhan, tergamak buat pakcik ini begini. Semoga Allah membalas semula apa yang mereka telah buat pada pakcik ini," tulis Siti di Facebooknya. 

Gambar tersebut telah dikongsi 4,469 kali oleh netizen yang turut bersimpati dengan nasib warga emas berkenaan. 

Bagaimanapun, 4 jam berlalu, Siti memuat naik status kedua menyatakan ada pihak yang memaklumkan cerita sebaliknya. 

"Kes samun pakcik tadi, ramai yang kata pakcik itu dua tiga kali dah orang nampak kes yang sama. Ada yang kata dia nyanyok, pelupa.

"Satu saja saya nak beritahu. Tak kisahlah betul atau tidak apa yang pakcik itu cerita pada saya tadi. Tetapi kalau betul, semoga Allah sentiasa melindungi dia selepas ini. 

"Mudah-mudahan penyamun berkenaan menerima balasan setimpal. Tengok keadaan motosikal pakcik itu tadi, memang nampak bekas motosikal itu jatuh," tulisnya. - The Reporter

Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog


HANGZHOU, CHINA - Video seorang ibu memijak anak perempuannya berusia dua tahun di tempat awam pada 9 Mei lalu, mengundang kemarahan orang ramai dan 100 laporan polis telah dibuat terhadapnya. 

Bagaimanapun, Huang Xiao Xiao, 36, tampil memberi penjelasan mengapa dia berbuat demikian dalam kejadian yang berlaku di daerah Xiaoshan, wilayah Zhejiang. 

Huang berkata, dia kecewa selepas gagal mendapatkan pekerjaan pada hari kejadian itu. 

Dengan baki wang 20 yuan (RM12), dia membelikan sosej untuk anaknya. Namun anaknya kemudian meludah kembali makanan itu, mungkin kerana panas atau tidak suka dengan rasanya.

Penyampai Berita terkejut, anjing tiba-tiba muncul


RUSIA - Seorang penyampai berita yang sedang membaca berita dalam siaran langsung terkejut apabila terdengar salakan seekor anjing yang kemudian datang bertengek di mejanya, lapor Mirror.

Ketika Ilona Linarte cuba mengawal anjing berkenaan, dia berkata, "Inilah sebab kenapa saya suka kucing," dalam bahasa Rusia.

Saturday, 27 May 2017

Bekas Pensyarah Malaysia Bakal Ketua Daesh Filipina?


RAKYAT Malaysia, Dr Mahmud Ahmad kini dikatakan menjadi sebutan sebagai bakal menjadi pemimpin Negara Islam (Daesh) di bandar selatan Filipina, Marawi yang sedang menyaksikan pertempuran sengit.

Bekas pensyarah Malaysia ini dipercayai bersembunyi di bandar di mana tentera Filipina sedang bertempur dengan kumpulan Maute, menyaksikan 44 orang, termasuk 2 rakyat Malaysia terbunuh.

Remaja Maut Ketika Cas Telefon Guna Power Bank


SEORANG remaja lelaki tidak sempat menyambut bulan Ramadan bersama keluarganya apabila ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik telefon bimbit di Melaka.

Mangsa dikatakan sedang mengecas perantinya dengan menggunakan power bank di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru, semalam.

Mayat mangsa Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui oleh ibunya, Suriah Rahim, 48, di atas katil bilik tidurnya kira-kira pukul 8.10 pagi.

Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM


Jenama popular yang menjadi buah mulut ramai, Qu Puteh sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan satu lagi produk keluarannya.

Larangan penjualan krim Qu Gebu AP krim itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, semalam.

Selain daripada jenama milik jutawan terkenal, Datuk Seri Vida itu, enam jenama tempatan lain turut dikesan mengandungi racun berjadual.

Peserta Shanghai Dinobatkan Miss Chinese World 2017


PETALING JAYA – Yin Zhuo Qun dari Shanghai, China dinobatkan sebagai Miss Chinese World 2017, di sini malam tadi setelah mengalahkan 31 peserta dari 10 buah negara lain.

Perancang media itu menerima hadiah berupa biasiswa bernilai RM100,000, trofi dan beberapa hadiah istimewa lain daripada presiden dan pemilik penganjuran Miss Chinese World, Tan Sri Danny Ooi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh model sambilan, Chang Yu Chin, 20, dari Taiwan dan tempat ketiga menjadi milik pelakon, Dai Tian, 25, dari Qingdao, China.

Kantoi Curang: Bapa Rakam Aksi Cumbu BF Anak


INILAH kasih seorang bapa yang sentiasa melindungi dan mahukan terbaik untuk kebahagiaan anak kandunganya sendiri dalam usaha membina kehidupan berumah tangga kelak.

Satu kejadian yang berlaku di Mexico baru-baru ini jelas memaparkan seorang ayah merakam video teman lelaki anak perempuan yang sedang ‘asyik’ dengan perempuan lain, sebelum memuat naik video itu di media sosial.

Cikgu Tarian Tiang Balas Dendam Lelaki Gatal


SEORANG guru tarian tiang mempunyai cara tersendiri untuk membalas dendam kepada lelaki gatal yang cuba menggodanya iaitu dengan menghantar semula gambar lucah yang diterimanya kepada ibu atau pasangan mereka.

Tindakan itu terpaksa diambil oleh Chloe-Anne Pasquet kerana boleh dikatakan setiap minggu dia akan menerima kira-kira tiga atau empat mesej dan gambar lucah daripada lelaki gatal di Facebook.

Pelajar Terkedu Jumpa Pengemis Dulunya Pensyarah


APABILA berhadapan dengan pengemis, sudah tentu mereka akan meminta-minta bukan sahaja duit, malah ada juga yang merayu ihsan untuk diberikan makanan.

Ada yang menolak dan ada juga yang membantu tetapi ia mengikut kemahuan masing-masing.

Bagi seorang pelajar kolej dari Filipina bernama Faye Ares, dia memilih untuk makan tengah hari bersama seorang pengemis.

Lelaki Digelar ‘Hantu’ Kerana Hidap Sakit Kulit


HANYA kerana dia menghidap penyakit kulit di mana kulitnya seakan-akan terbakar, seorang lelaki menjadi mangsa buli dan digelar sebagai `hantu’ oleh penduduk.

Antonio Reloj, 26, yang berasal dari Aklan, Filipina itu, menghidap penyakit yang menyaksikan kulitnya merekah seolah-olah terbakar.

Dia telah ditinggalkan oleh ibunya ketika berusia 12 tahun dan dibesarkan oleh neneknya.

Tak Pakai Topi Keledar, Mufti Wilayah Minta Maaf


EKORAN tindakannya bonceng motosikal tanpa memakai topi keledar, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat permohonan maaf kepada agensi penguatkuasaan.

Beliau malah meluahkan perasaan kesal susulan insiden tersebut yang tidak disengajakan menerusi laman sosial rasminya.

Menerusi posting yang dimuat naik itu, Zulkifli memaklumkan dia berbuat sedemikian ketika terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada, Jumaat petang.

Pelancong China Tayang Duit Dalam Bas


SIAPA yang tidak suka jika melancong dengan duit berkepuk-kepuk di tangan? Sudah tentu pelbagai barangan mewah dapat dibeli selain menjadikan percutian anda serba mewah.

Tetapi itu bukanlah satu impian buat sekumpulan pelancong dari China ini kerana mungkin mereka dapat menikmati percutian dengan serba mewah apabila dengan gembiranya menayangkan mata wang ringgit Malaysia.

Insiden pelik itu dilaporkan berlaku semasa mereka menaiki sebuah bas persiaran baru-baru ini sehingga rakaman video aksi tersebut menjadi tular menerusi media sosial.

Friday, 26 May 2017

Gimik Jamal Bawa Hantu Tanda Protes Di Pejabat SPR


SHAH ALAM – Gempar habis Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini selepas Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos tiba dengan bas membawa ‘pengundi hantu’.

Gimik unik tersebut dibuat sebagai tanda protes ketika beliau menghantar memorandum bantahan terhadap senarai nama pengundi ragu yang didaftarkan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan.

Jamal mendakwa bahawa ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim ‘mengangkut’ sejumlah pengundi luar kawasan bagi memastikan kemenangan wakil rakyat DAP itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Dihina kerana nyanyian teruk, lelaki bunuh tamu pesta kahwin


HANOI: Nyanyian karaokenya teruk di sebuah pesta perkahwinan sehingga dia ejek.

Lebih rasa terhina Nguyen Ngoc Diep, penyanyi karaoke yang teruk itu bukan sahaja diminta berhenti, bahkan diusir agar turun dari pentas oleh tamu lain yang hadir pada majlis itu.

Okezone mengutip VNExpress melaporkan, tindakan seorang tamu menghina nyanyian Nguyen Ngoc Diep lantas merampas mikrofon darinya membawa kepada pertengkaran.

Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran


BINTANG pop Jepun, Ayumi Hamasaki disahkan sepenuhnya hilang pendengaran kedua-dua telinganya, dedah penyanyi itu menerusi blognya Team Ayu.

Ayumi artis solo Jepun yang pernah dinobatkan artis solo paling laris sepanjang zaman mengalami pekak di telinga kirinya sejak tahun 2008 dan berdepan situasi yang sama di telinga kanannya tahun ini.

Menurut Ayumi, 38 tahun, dia sering mengalami loya dan pening sebelum konsert jelajah tahun ini.

Bapa Tertembak Anak Empat Tahun Ditahan Polis


SEORANG bapa secara tidak sengaja tertembak anak lelakinya yang berusia empat tahun ketika mengunakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk di rumah mereka mereka petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, bapa mangsa dilaporkan terlepas tembakan dan terkena pada anaknya yang sedang bermain di halaman rumah di Kampung Muhang, Kota Maradu, Sabah.