KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun telah meninggal dunia dalam keadaan tragis setelah dirogol dan diseksa dengan kayu sepanjang 24cm telah dijolok ke dalam badannya di India.
Bedah siasat yang dijalankan mendapati kayu berkenaan masih berada di dalam badannya. Ia mengakibatkan kecederaan dalaman melibatkan usus dan uterus.
“Kayu itu dimasukkan secara paksa dalam badan hingga mengakibatkan organ dalaman mengalami kecederaan parah,’’ kata Dr. Reetu Gupta, yang telah menjalankan bedah siasat.
Selain itu bedah siasat juga mendapati badannya dipenuhi lebam. Mayatnya ditemui oleh penduduk selepas sehari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Pembunuhan kejam ini telah mencetuskan kemarahan penduduk di Hisar dan Uklana di mana kedai telah ditutup manakala jalan raya disekat, bagi menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pelaku jenayah itu.
Sementara keluarga kanak-kanak itu pula enggan mengebumikan mayatnya sehingga penjenayah ditangkap. Sehingga kini suspek masih belum ditangkap. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments