Tuesday, 28 March 2017

Dera Budak: 2 Guru Wanita Tuisyen Ditahan


JOHOR BAHRU – Polis berjaya menahan dua guru wanita bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan kini ialah tiga orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, kedua-dua guru wanita masing-masing berusia 23 dan 34 tahun itu ditahan pihak polis di sekitar Skudai di sini bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kes tersebut buat masa ini telah disiasat mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 dan meminta mana-mana saksi kejadian untuk segera tampil bagi membantu proses siasatan oleh pihak polis.

Apabila Netizen Diberi Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin…


ACAPKALI kita mendengar pepatah Inggeris berbunyi “don’t judge a book by it’s cover”, malahan peribahasa Jepun juga ada mengatakan “dareka karasu no shiyuu wo shiran.” 

Kedua-dua rangkap kata berkenaan memberikan makna yang sama iaitu jangan menilai sesuatu dengan melihat daripada aspek luaran sahaja.

Namun apabila bercerita tentang buku inspirasi kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang pelakon ini, ternyata ungkapan peribahasa berkenaan langsung tak boleh dipakai (maafkan kami).

Rimas Diganggu, Fasha Fail Injuksi Terhadap Jejai


ENGGAN diganggu privasi, pelakon Fasha Sandha akhirnya memfailkan perintah injuksi terhadap bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, semalam.

Dalam permohonan injuksi tersebut, Fasha selaku pemohon, memohon Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menghalang responden (Jejai) daripada menganggunya secara percakapan, mesej melalui SMS, aplikasi Whatsapp atau di laman sosial berkuat kuasa serta merta.

Selain itu, Fasha turut mendapatkan perintah mahkamah supaya menghalang responden daripada menceroboh privasinya sama ada secara bersendirian, ditemani keluarga atau rakan-rakan.

Remaja Dirantai Besi, Gari Oleh Ibu Bapa Sebab Curi


MALANG menimpa seorang remaja lelaki di Filipina apabila diperlakukan dengan kejam oleh ibu bapa sendiri yang sepatutnya menjadi tempat berlindung dan meraih kasih sayang.

Beberapa keping foto remaja lelaki malang yang tidak diketahui identitinya itu dimuat naik oleh laman Matalinong Matsing menerusi perkongsian daripada Jashaim Manungcad di laman sosial Facebooknya tiga hari lalu.

Menerusi foto yang tersebar, jelas kelihatan rantai besi berserta dengan seutas gari pada lehernya. Remaja berkenaan kelihatan tertunduk dan menutup mukanya dengan tangan seolah-olah enggan wajahnya dirakam.

172 Pekerja Diselamatkan Selepas ‘Dizalimi’ Datuk


KLANG – Seramai 172 individu berjaya diselamatkan selepas dipaksa bekerja lebih masa oleh seorang lelaki bergelar Datuk di sebuah premis pemprosesan dan pemasaran burung walit di Jalan Gedung Nenas, pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki berusia 29 tahun dipercayai pemilik premis tersebut ditahan kerana disyaki memaksa pekerja bekerja lebih masa tanpa dibayar gaji setimpal.

Berita Harian melaporkan, Ketua Pasukan Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Deputi Superintendan Hadzwan Zulkefle berkata serbuan dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan selama tiga minggu berhubung kegiatan di premis berkenaan.

Gadis Tak Pakai Seluar Dalam Jadi Perhatian Di Funfair


SEORANG wanita menempuh saat paling memalukan apabila seluar yang dipakainya terlondeh sehingga menampakkan bahagian punggung dalam kejadian di sebuah pesta ria di Costa Rica, Amerika Latin.

Wanita malang itu dikatakan bermain permainan yang digelar La Tagada bersama teman lelakinya di Festival Zapote, di mana pengunjung yang menaiki permainan berkenaan akan digoncang atau dilambung dalam keadaan laju.

Berdasarkan video tersebut, wanita yang tidak didedahkan identiti itu kelihatan berpaut kuat pada pemegang besi di belakangnya, namun permainan itu yang berpusing dan bergoncang dengan kuat menyebabkan dia mula hilang keseimbangan.

Pegawai Jual 26 Senapang Rela RM3,000 Selaras


ALOR SETAR – Pegawai yang menjadi dalang utama kehilangan 26 senapang patah milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) daerah Selama, Perak disyaki sudah lama menjalankan kegiatan itu sebelum terbongkar bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, berkata suspek berusia 55 tahun yang kini bertugas di Pengkalan Hulu di Perak, dikatakan menjual senapang patah berkenaan pada harga antara RM1,000 hingga RM3,000 setiap satu.

Pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini Selasa, beliau mendedahkan ia dijual dalam kalangan kenalan rapat. Senjata api terbabit adalah antara 300 laras dibekalkan kepada Rela Daerah Selama, Perak.

Tauke Akui Tertekan Dengan Pelawak Baharu


KEMUNCULAN pelawak baharu dalam industri seni komedi di negara ini jelas memberikan ‘tekanan’ kepada pelawak, Tauke yang menganggap kehadiran mereka sebagai ‘menyusahkan’.

Namun, jangan ada anggap ia sebagai sesuatu yang negatif kerana Tauke yang terkenal menerusi kumpulan Jambu ini menyifatkan kehadiran pelawak baharu memberi peluang kepadanya bekerja lebih keras cari idea lebih segar dan berkualiti.

Astro Gempak melaporkan peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) itu menjelaskan penyertaan pelawak baharu telah memberikan persaingan hebat melalui idea mereka yang kreatif dan segar untuk setiap persembahan.

Polis Tahan Lelaki Mencuri Dalam Masjid Di Ipoh


IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun petang semalam kerana dipercayai mencuri beg tangan seorang wanita di sebuah masjid, di Meru, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata berdasarkan hasil siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan, suspek berjaya ditahan di perkarangan masjid kira-kira 2.15 petang semalam.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 9.21 pagi Sabtu lalu, seorang suri rumah berusia 61 tahun kehilangan beg tangannya ketika masuk ke bilik air masjid tersebut.

Had Usia Beli, Jual Rokok Dicadang Kepada 21 Tahun


KUALA LUMPUR – Had usia membeli dan menjual rokok dicadang dinaikkan kepada 21 tahun berbanding 18 tahun ketika ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata perkara itu merupakan antara intipati cadangan dimasukkan dalam undang-undang baharu yang akan dibentang di Dewan Rakyat selewat-lewatnya tahun hadapan.

“Kita telah cadang dan menyerahkan kepada pegawai undang-undang kita untuk dikaji dan urusan telah dibuat dengan semua pemegang taruh,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Wanita Ini Sensasi Selepas Kongsi Tips Murah Rezeki


SEORANG wanita menjadi sensasi di laman sosial gara-gara perkongsiannya tentang cara mudah dan simple untuk mendapatkan rezeki melimpah ruah.

Videonya dikongsi oleh laman Nokharom Morahkon di Facebook menerima 27 ribu tontonan dan lebih 1,400 kesukaan (likes).

Di dalam video itu, wanita yang tidak diketahui identitinya itu menyenaraikan tiga perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat rezeki yang tak putus-putus dan antara kuncinya ialah sentiasa memberi kepada ibu bapa, sedekah dan solat dhuha.

Ngeri… Tiga Pelajar Sekolah Digilis Lori


CHINA – Tiga pelajar maut dan dua lagi cedera selepas dirempuh sebuah lori, ketika sedang melintas sebatang jalan dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Dalam kejadian sekitar jam 3.57 petang, 24 Mac lalu di bandar Guangxi Guiping, tiga pelajar maut, manakala dua lagi cedera dan cebisan daging dan darah mangsa kelihatan di lokasi kejadian.

Lapor CGTN, sebelum rempuhan itu berlaku, dua guru sekolah telah meletakkan dua kon di tengah-tengah laluan pejalan kaki agar kenderaan yang melalui jalan itu berhenti dan memberi laluan kepada para pelajar sekolah untuk melintas.

Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat


SELEPAS gerai nasi lemak pondan menjadi tular baru-baru ini, pengusahanya, Jojie Kamaruddin berkata, dia akan mengagih-agihkan sebanyak 100 bungkus nasi lemak air tangannya ke masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hari Jumaat.

Niatnya untuk bersedekah kepada masjid itu dibuat selepas dia berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM2,000 sehari hasil jualan nasi lemaknya.

Memetik Malaysiakini, Jojie berkata, “Saya pasang niat untuk sedekahkan 100 bungkus setiap Jumaat di masjid sekitar Kuala Lumpur dan adik-adik saya akan bertanggungjawab untuk hantar nasi lemak tersebut.”

Kg Bobotong: Warga Emas Hiba Melihat Rumahnya Musnah


TELUPID: “Lihatlah wajah pakcik ini, saya menitiskan air mata mendengar kisah dari dia. Rumahnya dirobohkan pegawai perhutanan sewaktu dia masih dikebun…”

Itu luahan Adrian Lasimbang, Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah ketika melakukan kunjungan ke Kg Bobotong, Tongod bersama Ketua Majlis Perundingan Orang Asal DAP Sabah Dr Edwin Bosi dalam sesi dialog bersama penduduk baru-baru ini.

Menurut Adrian, insiden yang berlaku di Kg Bobotong ini merupakan akibat daripada isu Hak Tanah Adat (NCR) yang gagal diselesaikan sehingga ke hari ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Sam Mannan pula mendakwa penduduk ‘menolak tawaran’ untuk menduduki kawasan tersebut dengan enggan membayar Permit Pendudukan (OP) sejak tahun 2004.

Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah


KENYATAAN: Penduduk kampung Bobotong merasa kecewa dengan kenyataan Datuk Sam Manan dan menafikan tuduhan kononnya SUHAKAM diberi fakta palsu oleh penduduk kampung.

Sekiranya Sam Manan benar-benar prihatin, beliau sepatutnya turun sendiri ke lapangan untuk melihat apa yang berlaku di Kg Bobotong dan mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.

Beliau juga boleh bertanya kepada penduduk kampung tentang sejarah kampung ini dan status rumah-rumah yang dirobohkan pada 16 Mac 2017.

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Air Mineral


PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki dipercayai berusia kira-kira seminggu ditemui dalam sebuah kotak air mineral yang ditinggalkan di tepi tangga sebuah apartment di Flora Damansara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, bayi lelaki tersebut ditemui kira-kira jam 4 petang oleh penghuni apartment berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di tingkat 9.

Menurutnya, mengikut keterangan saksi, Nor Zulafiqah Zulhaimi, 17, memaklumkan mendengar tangisan bayi di ruang tangga dan menemui bayi di dalam kotak air mineral di paltform tangga antara tingkat 9 dan tingkat 8.

Saman Kerana Tak Dibenar Namakan Anak ‘Allah’


ATLANTA – Sebuah kumpulan hak asasi awam menyaman Georgia kerana keengganan negeri itu membenarkan sepasang suami isteri menamakan anak mereka berusia 22 bulan, ‘Allah.’

Kesatuan Hak Asasi Awam Amerika Georgia (ACLU) memfailkan saman itu baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Daerah Fulton bagi pihak pasangan, Elizabeth Handy dan Bilal Walk. Yang dipertaruhkan ketika ini adalah nama terakhir kanak-kanak perempuan itu, Allah.

Peguam Jabatan Kesihatan Awam Georgia memaklumkan akhbar The Atlanta Journal-Constitution, undang-undang negeri mensyaratkan nama keluarga bayi itu sama ada bapa atau ibu untuk rekod kelahiran awal.

`Penis Seat’ Untuk Sedarkan Lelaki Jangan Suka Meraba


JANGAN terkejut jika anda menaiki perkhidmatan kereta api Metro di Mexico. Ini kerana ada tempat duduknya dikenali sebagai `penis seat’ yang lengkap dengan acuan dada lelaki, pusat, pinggang dan alat sulit.

Kerusi itu direka dikhaskan untuk golongan lelaki sahaja.

Ia bukannya berunsur seks sebaliknya direka sedemikian rupa bagi menyedarkan kaum lelaki mengenai gangguan seksual terhadap wanita, terutama lelaki yang suka mengambil kesempatan dengan meraba kaum hawa ketika menaiki pengangkutan awam.

Bapa Tiri Campak Anak Kerana Kalah Main ‘Game’


KEGILAAN apakah ini? Seorang lelaki yang berang kerana kalah bermain game di komputer, telah membunuh anak tirinya yang berusia dua tahun dengan mencampak kanak-kanak tersebut ke pintu.

Balingan kuat Szymon Brzozowski, 24, itu mengakibatkan kanak-kanak malang terbabit, Lilka terkena rangka besi pintu tersebut.

Meskipun dicampak ke pintu, namun Lilka ketika itu masih sedarkan diri. Dia bagaimanapun enggan makan atau minum selepas kejadian tersebut.

Badan Hancur Dirempuh Kereta Api Laju


NGERI,…seorang lelaki meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas terperangkap di antara platform dengan kereta api laju, hingga mengakibatkan bahagian bawah badannya hancur dirempuh kereta api terbabit.

Ketika kejadian, dia dikatakan sedang menyeberang landasan terbabit untuk menuju ke platform di depannya di Nanjing South Railway Station.

Namun ruang yang sempit antara platform dengan kereta api itu mengakibatkan dia gagal melepaskan diri.