Saturday, 4 November 2017

Dijel 14 Bulan Padah Cium Seluar Dalam Gadis Amah


SINGAPURA – Pembantu rumah berusia 23 tahun dari Indonesia ini pada mulanya gembira dapat bergaul baik dengan majikannya, yang mesra dipanggil sebagai Ibu dan Bapak.

Namun, selepas hanya tiga minggu mula bekerja, Bapak mula ‘ganggu’ dengan selamba menyentuh punggungnya yang montok. Selang beberapa hari, dia mengambil seluar dalam pembantu rumah itu dari jemuran ampaian.

Media tempatan melaporkan suspek iaitu Saffie Supa’at, warga emas yang berusia 51 tahun, malahan begitu rakus menjilat seluar dalam comel itu dengan agak lahap “seperti anjing”, dedah pembantu rumah itu di mahkamah.

Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang


SEORANG lelaki mengaku terpaksa menipu keluarganya meninggal dunia akibat kebakaran di Grenfell Tower, London hanya untuk memperoleh wang pampasan sebanyak 12,500 pound sterling.

Anh Nhu Nguyen mendakwa isteri dan anak lelakinya maut dalam kebakaran tragik di salah sebuah blok pangsapuri di ibu kota Britain tersebut pada 14 Jun lalu.

Malah gambarnya turut dirakam di sisi Putera Charles semasa baginda melawat mangsa kebakaran pangsapuri tersebut.

Pelacur Telan Kondom Untuk Hapus Bahan Bukti


TAKUT ditahan polis, seorang pelacur nekad menarik kondom dari alat sulit pelanggannya lalu menelan kondom terbabit dengan niat untuk menghapuskan bahan bukti.

Pelacur dikenali sebagai Dang dan berusia 48 tahun itu berbuat demikian selepas diserbu oleh polis dalam usaha membanteras aktiviti pelacuran di kalangan pendatang Vietnam di Taiwan.

Ketika itu, Dang dan pelanggannya `separuh jalan’ melakukan persetubuhan haram di sebuah spa kesihatan.

Bunuh Suami Dengan Bantuan Kekasih Gelap


GARA-gara wang, seorang wanita kaki kikis, telah membunuh suaminya dengan bantuan kekasih gelapnya dengan harapan mereka akan memperolehi wang insuran bernilai RM1.3 juta.

Rukhsana Bibi, 38, baru lima bulan berkahwin dengan Mohammed Yousaf yang berusia 65 tahun. Pada hari kejadian, dia dengan bantuan kekasihnya, Muhammed Arif telah merancang membunuh lelaki itu dengan menggelar lehernya dengan pisau.

Remaja Dibogel, Diarak Kerana Salah Abang Sendiri


SEORANG remaja perempuan mengalami keadaan ngeri apabila diarak dalam keadaan bogel sebagai pembalasan terhadap perbuatan abangnya yang telah mencalarkan maruah keluarga.

Insiden pelik ini dilaporkan berlaku pada 27 Oktober lalu di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Anehnya yang melakukan kesalahan adalah orang lain tetapi yang dihukum pula orang tidak bersalah lain.

Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’


BUSANA ‘nasi lemak daun pisang’ hasil rekaan Brian Khoo yang digayakan oleh peserta Miss Universe 2017, Samantha Katie James masih belum habis lagi dikritik.

Pakaian pelik itu juga turut mendapat kritikan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Hatta Dolmat apabila dia menyifatkan rekaan itu seperti ‘terdesak’ walaupun masih terdapat banyak lagi rekaan lain yang boleh diketengahkan.

Sebagai si pemakai busana ‘nasi lemak daun pisang’ itu, Samantha tetap mempertahankan gaun tersebut dan menganggap ianya sangat cantik.

Wednesday, 1 November 2017

Pemandu Gagal Brek, Penunggang Motor ‘Terbang’


TULAR sejak Ahad lalu menerusi laman sosial mengenai rakaman video aksi penunggang motosikal cedera selepas terlibat dalam kemalangan berantai di Lebuhraya Tampines (TPE), Singapura.

Menerusi video berdurasi kurang daripada seminit itu, nahas ngeri tersebut bermula apabila sebuah kereta datang daripada arah belakang gagal membrek selepas teksi warna kuning di hadapannya memperlahankan kenderaan.

Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren


KECOH di laman sosial apabila rakaman memaparkan seorang wanita bertindak kasar terhadap seorang budak lelaki berhampiran mesin pengimbas tiket tren sehingga tular diperkatakan netizen.

Menerusi video berdurasi kurang daripada dua minit tersebut, wanita berkenaan yang dalam keadaan marah dilihat berkali-kali menendang, mengheret dan memukul kanak-kanak malang itu.

Insiden yang telah menular itu dipercayai bermula apabila wanita berkenaan dilihat cuba menyerahkan tiket tren kepada kanak-kanak terbabit bagi membolehkannya melepasi mesin tersebut.

Warga Emas Tiada Pilihan, Terpaksa Bunuh Anak OKU


KERANA sayangkan anak, si ibu ini terpaksa membunuh anaknya sendiri demi kebaikan zuriatnya itu untuk masa hadapan.

Begtiulah yang menimpa seorang wanita berusia 83 tahun dari selatan China apabila dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun kerana disabitkan kesalahan membunuh anaknya yang kelainan upaya.

Harga Semua Jenis Minyak Cuma Naik 4 Sen Sahaja


PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak naik sedikit empat sen sahaja.

Ia memang dijangka ekoran peningkatan harga minyak dunia susulan tindakan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan pengeluaran sekali gus menyaksikan aliran permintaan kini melebihi penawaran.

Pukul Rela: ‘Datuk Seri’ Pun Positif Dadah


KUALA LUMPUR – Lelaki berstatus ‘Datuk Seri’ yang direman selepas didakwa memukul anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) pada Jumaat lalu didapati positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 29 tahun itu mendapati suspek sebagai positif dadah ketika ditahan Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan awal pihak polis juga mendapati suspek pernah mempunyai satu rekod lampau bersabit pengambilan dadah sebelum ini.

Gadis Maut Terjun Dari Tingkat 6 Bangunan GPO


PERNAHKAH anda terfikir apakah rasanya apabila anda sedang berjalan di luar pusat beli belah, kemudian muncul sekujur tubuh manusia yang tiba-tiba jatuh dari atas bangunan?

Inilah yang berlaku semalam ekoran satu kejadian bunuh diri di sebuah pusat membeli belah yang popular di Genting Highland, iaitu Genting Premium Outlets.

Kejadian ngeri tragik itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 2.21 petang yang melibatkan seorang remaja perempuan berusia 23 tahun.

Tak Puas Hati Dipintas, Bergaduh Tengah Highway!


JANGAN suka ikut kepala sendiri, nanti buruk padahnya. Inilah terjadi apabila satu gambar memaparkan pergaduhan melibatkan beberapa lelaki di tengah-tengah highway kini viral di laman sosial.

Pergaduhan yang membabitkan kereta jenis Honda HR-V dengan Toyota Avanza itu telah mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas dalam satu kejadian di daerah Smesco, Gatot Subroto, Jakarta Selatan, Selasa lalu.

Bebel Adik Jadi Punca Hingga Ke Mahkamah


GARA-GARA bebelan adik perempuannya, seorang wanita bertindak mencakar muka wanita itu sehingga berdarah dalam satu insiden perbalahan di sebuah rumah di Kelantan baru-baru ini.

Dalam kejadian di Lorong Tengku Mohani, Kota Bharu, kira-kira pukul 7.25 pagi dua minggu lalu itu, Zarina Setapa, 39, dikatakan tidak berpuas hati terhadap adiknya, Nurul Asyikeen, 29, membebel kepada anak lelakinya.

Kantoi Video Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri


JAKARTA – Kelakuan terkutuk si suami selama setahun akhirnya diketahui isterinya sendiri apabila video sumbang mahramnya ‘jatuh’ ke tangan pasangannya tersebut.

Suspek yang hanya dikenali sebagai MM, 43, telah berjaya ditahan oleh pihak polis Indonesia atas perbuatan jijiknya terhadap anak kandung sendiri yang berusia 15 tahun di Kepoh, wilayah Jawa Timur.

Menurut si isteri, suaminya telah suruh dia ambil telefon bimbit yang sedang dicas dan dalam perjalanan menuju ke sawah berhampiran rumah mereka, si isteri tanpa sengaja telah buka galeri gambar dan video gajet tersebut.

Penyampai Berita Pegang Kepala Semasa Baca Berita


MENAKUTKAN dan mengerikan…. Seorang penyampai berita di Britain mengejutkan ramai penonton apabila dia membaca laporan cuaca sambil memegang kepalanya.

Pembaca berita Met Office itu, Alex Deakin selamba berada di depan kamera tanpa kepala, dalam rancangan yang disiarkan secara langsung.

Rupa-rupanya ia untuk rancangan khas Halloween di sebuah stesen TV di utara Scotland itu.

Adele Tolak Bayaran RM5j Persembahan Di Asia Barat


DIA berada di kedudukan kelapan dalam senarai Sunday Times Young Rich List pada tahun lepas dan hartanya dianggarkan bernilai RM700 juta. Mungkin sebab itu Adele menolak bayaran RM5 juta untuk membuat persembahan di Asia Barat.

Tawaran itu dibuat oleh seorang jutawan Arab namun Adele menolaknya kerana dia sibuk menanam pokok di tamannya, minggu ini.

Bakal Pengantin Melecur Disimbah Ramen Mendidih


MARAH kerana rakannya memburukkannya di media sosial, seorang wanita, Kim telah menyimbah rakannya itu, Goo dengan ramen yang sedang mendidih hingga mengakibatkan kecederaan parah ke atas wanita itu.

Selepas mencurahkan ramen panas itu, Kim turut menyerang Goo dengan senjata.

Serangan itu berlaku dalam masa sejam sehinggalah Goo berjaya melarikan diri dari apartmen berkenaan dan meminta bantuan jiran mereka.

Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan


JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki rakyat Bangladesh, awal hari ini, bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan yang disyaki dilacur ibu mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kelima-lima pekerja kilang berumur 28 hingga 42 tahun ditahan itu di sekitar kawasan Senai dekat Kulai.

“Penahanan dilakukan ekoran tertangkapnya seorang wanita yang disyaki melacurkan kedua-dua anak perempuannya,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Kanak-Kanak Dijumpai Selepas 4 Jam Hilang


SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Yayasan Sungai Jarom, Jenjarom dekat sini pada 1 tengah hari tadi ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata kanak-kanak itu dijumpai bersendirian oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan tepi sungai yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah keluarga mangsa pada pukul 5.30 petang tadi.