Wednesday, 30 August 2017

Taylor Swift Perli Ramai Rakan Artis Dalam Video Klip


WOW… Hebat sungguh penangan lagu Look What You Made Me Do, nyanyian Taylor Swift ni! Bayangkan 43 juta kali tontonan di Youtube hanya dalam masa 24 jam sahaja.

Nak tahu tak sebenarnya ada rahsia di sebalik maksud video klip lagu ni. Mungkin kalau anda tak mengikuti perjalanan seni penyanyi ini, anda tidak akan perasan pun.

Taylor kini dikatakan popular dengan penghasilan lagu yang seolah-olah memerli orang di sekelilingnya. Kreatif sungguh ideanya kali ni.

Dulu Wani Karie, Kini Giliran Sweet Qismina Pula?


SEBELUM ini tular di media sosial memaparkan penyanyi, Wani Karie yang didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid.

Kini, dilihat giliran pelakon kecil molek, Sweet Qistina pula turut mengakui sedang berkawan rapat dengan penyerang skuad negara berkenaan.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, dia menyedari akan posting Wani itu namun dia tidak melihatnya sebagai satu isu yang perlu diperbesarkan.

‘Hujan Eksklusif’ Hanya Kena Sebuah Rumah Di Jakarta


PELIK tapi benar. Rasanya itu perkataan yang sesuai digambarkan apabila hanya sebuah rumah sahaja yang ditimpa hujan lebat pada Sabtu minggu lalu.

Lebih memeranjatkan lagi apabila rumah jiran di kiri dan kananya langsung tidak terkena walau setitis air hujan pun. Kejadian aneh ini berlaku di Tebet, Jakarta Selatan, Indonesia.

Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia, Mulyono Prabowo menyifatkan situasi ini sebagai fenomena yang jarang berlaku.

LHDN Beri 6 Bulan Untuk Sam Selesaikan Tunggakan


SEBELUM ini nama aktor Shaheizy Sam menjadi perhatian media berikutan namanya tersenarai dalam notis bankrap yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Susulan isu itu, Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN berkata Sam telah diberi tempoh selama enam bulan untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

“Semalam (kelmarin) mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan. Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak. Buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi,”katanya memetik laporan Projek MMO.

Harga Petrol Naik 1 Sen, Diesel Pula 3 Sen


PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak naik sikit buat julung kalinya.

Ia memang dijangka ekoran ketidaktentuan harga minyak dunia selain geopolitik ekoran taufan Harvey di Amerika Syarikat dan pergeseran diplomatik Asia Barat sekali gus menyaksikan trend permintaan melebihi penawaran.

Penjaga Gol Negara Mohon Maaf Atas Silap Langkah


SEMALAM, Malaysia tumpas 0-1 kepada Thailand dan ia terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen ekoran kekalahan perlawanan itu membuat banyak pihak kecewa.

Sebalik kekalahan itu, netizen dilihat teruk mengecam kesilapan penjaga gol negara, Haziq Nadzli ketika perlawanan yang mungkin boleh dikatakan tidak sengaja.

Haziq dilihat tersilap langkah apabila tumbukannya telah mengakibatkan bola memasuki gol sendiri ketika sepakan penjuru yang dilakukan oleh pemain Thailand.

Gambar Bogel Dihentam, Alicia Label Melayu Mundur?


SIAPA masih ingat dengan finalis Asia’s NextTop Model (ANTM) musim ke-5, Alicia Amin atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin?

Baru-baru ini, Alicia sekali lagi terpalit dengan kontroversi panas apabila kecoh diperkatakan gambarnya hampir tanpa seurat benang tersebar luas dalam sebuah laman web menjual pakaian dalam.

Guna Racun Ubat Kutu, Anak Maut, Ibu Kritikal


JAKARTA – Dua orang kanak-kanak dilaporkan telah meninggal dunia manakala ibunya serta seorang lagi kakak mereka dilaporkan kritikal akibat keracunan.

Kejadian yang berlaku di Jawa Tengah pada Ahad lalu dipercayai berpunca apabila si ibu menggunakan racun serangga bagi tujuan untuk menghapuskan kutu di kepala mereka anak-beranak.

Klip Video Lagu Baharu Taylor Swift Pecah Rekod


SUDAHKAH anda menonton klip video single terbaharu Taylor Swift, Look What You Made Me Do yang dilancarkan Ahad lalu?

Video itu berjaya memecah rekod YouTube apabila meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh hanya 24 jam pelancarannya! Fuh!

Menurut YouTube, video penyanyi berusia 27 tahun itu menewaskan jumlah tontonan 36 juta yang dicatatkan penyanyi Korea Selatan, Psy menerusi lagu Gentleman pada 2013.

Janji Berbaju Melayu Ditepati Saksi Final Bola Sepak


BEBERAPA hari lalu tular satu tweet seorang netizen yang berhajat untuk berbaju Melayu lengkap semasa perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pemuda dikenali sebagai Mohd. Khairul Nizam Ariffin ada memuat naik satu tweetyang mendapat perhatian netizen di laman Twitter.

Menurutnya, dia akan memakai Baju Melayu lengkap bersampin ke Stadium Nasional Bukit Jalil jika Malaysia layak ke final.

Dibelasah Anak Kekasih, Orang Awam Cuma Lihat Saja


CHINA – Akibat berang dengan hubungan ibu bapa yang makin menghampiri fasa penceraian, seorang lelaki sanggup membelasah kekasih gelap bapanya.

Kejadian berlaku di tengah kekesakan jalan raya di kawasan Henan dan cuma disaksikan sahaja oleh orang awam.

Kim Kardashian Dikecam Cuba Jadi Jackie Kennedy


KIM Kardashian dengan bangganya telah menunjukkan gambar terbarunya dalam Twitter namun netizen langsung tidak teruja.

Ini kerana bintang realiiy berusia 36 tahun itu bergambar seperti Jackie Kennedy untuk satu temu bual di majalah.

Wanita Mengamuk, Suami Menggatal Dengan Penari


BERANG dengan perangai gatal suami, seorang isteri telah menyerang suaminya di atas pentas ketika lelaki itu cuba menggoda seorang penari wanita yang sedang membuat persembahan di China.

Lelaki itu yang kelihatan mabuk, sempat memegang kaki penari wanita berkenaan dan kemudian merapatkan badan dengan penari itu.

Dia juga merapatkan kepalanya ke dada penari wanita itu.

Sufian, Elfira Bertunang Oktober Ini


AKTRES bermata cantik, Elfira Loy mengumumkan bakal bertunang dengan kekasih hatinya, Sufian Suhaimi pada Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, ini turut mendedahkana bahawa majlis pertunangannya akan diadakan di rumahnya di Cheras.

“Insya-Allah kami akan bertunang Oktober ini, cuma tarikhnya belum ada.

Tuesday, 29 August 2017

Wanita Maut Ditembak Adik Ipar Sendiri


MIRI – Seorang wanita maut ditembak oleh ipar sendiri di kebun berhampiran Rumah Panjang Mathew, Sungai Sarau, Sebauh Bintulu pada 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Bintulu, ACP Zailanni Amit berkata mangsa Bermau Bauk, 70, ditembak oleh suspek seorang lelaki berusia 59 tahun yang sedang memburu menggunakan senapang patah semasa kejadian berlaku.

Pembunuh Bersiri Bangga Kerana Masih Hidup


KURANG AJAR… Seorang pembunuh upahan yang telah merogol dan membakar salah seorang mangsanya, bertepuk tangan dan ketawa sambil menjerit `sekurang-kurangnya aku masih hidup’ ketika dia dijatuhkan hukuman penjara 71 tahun.

Cameron Wilson, 20, langsung tidak menunjukkan rasa menyesal ketika hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah di Afrika Selatan.

Bunuh Wanita Kerana `Teruk’ Ketika Lakukan Seks


GARA-GARA dikatakan teruk ketika melakukan seks, seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat berkenaan telah mengelar wanita berkenaan selepas mereka menghabiskan masa bersama di sebuah kebun getah.

Lelaki itu, Natthan Raknui, mengakui telah membunuh Jiraporn Theppaya, 22, tahun, selepas pertama kali melakukan seks.

Dipaksa Makan Lobak Hingga Kulit Bertukar Oren


SEPASANG suami isteri dari Utah, telah didakwa menganiaya anak angkat mereka dengan mengurungnya dalam bilik gelap bawah tanah serta memberinya makan lobak hinggakan kulitnya bertukar menjadi oren.

Bilik bawah tanah berukuran 10 x 10 kaki itu tidak mempunyai tandas. Clarissa Anne Tobiasson, 27, dan suaminya, Brett Tobiasson, 31, disyaki sengaja mendera kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Penahanan mereka dibuat selepas siasatan dijalankan sejak berbulan-bulan lalu.

Pelajar Nigeria Maut Tercekik Roti


PORT DICKSON – Seorang pelajar lelaki warga Nigeria, maut dipercayai kerana tercekik roti semasa sambutan majlis hari lahir rakannya di sebuah hotel dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt. Zainudin Ahmad berkata mangsa, Borokinni, 32, menyertai pertandingan makan roti pada majlis tersebut kira-kira 1.30 pagi.

Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s


MENDIANG Chester Bennington dan Chris Cornell terus dikenang sebilangan besar rakan-rakan selebriti mereka dalam majlis MTV Video Music Awards yang diadakan awal pagi tadi di The Forum, California, Amerika Syarikat.

Aktor dan vokalis 30 Second to Mars, Jared Leto diberi penghormatan menyampaikan segmen tribute tersebut di hadapan ribuan penonton majlis anugerah itu.