Sunday, 29 October 2017

Wartawan Malaysia Ditahan Rakam Parlimen Guna Dron


YANGON – Dua wartawan asing masing-masing dari Malaysia dan Singapura ditahan di Naypyitaw kerana menggunakan dron untuk rakam imej Parlimen, menurut laporan agensi berita Myanmar.

Media tempatan mengenal pasti wartawan yang ditahan semalam itu adalah wanita warga Malaysia bernama Mok Choy Lin, berusia 47 tahun manakala lelaki rakyat Singapura pula ialah Lau Hon Meng, berumur 44 tahun.

Wanita Tertua Malaysia Meninggal Usia 128 Tahun


REMBAU – Safiah Ujang, yang dipercayai wanita tertua di Malaysia, meninggal dunia pada usia 128 tahun, di rumahnya di Kampung Seberang Batu Hampar, di sini pada Jumaat.

Allahyarhamha yang dilahirkan pada 11 Februari 1889 disahkan meninggal dunia akibat sakit tua sekitar 12 tengah hari dan menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarganya, menurut laporan media tempatan.

Salah seorang daripada cucunya, Mohammad Hafiz Abdul Ghani, yang berusia 29 tahun berkata, Allahyarhamha dikatakan ada menghidap barah usus dan tahap kesihatannya mulai merosot sejak tiga minggu lalu.

Friday, 27 October 2017

Inti Pati Ekonomi Untuk Bajet 2018


KUALA LUMPUR – Berikut ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat, hari ini.

Jumlah peruntukan Bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan​​​​​​​.

Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2018 untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Zakar Membesar 5 Kilogram Akibat Digigit Nyamuk


NAIROBI – Ketika ramai lelaki mahu memiliki batang zakar besar, lain pula kisah seorang pemuda di Kenya apabila terpaksa jalani pembedahan kerana zakarnya bengkak hingga lima kilogram.

Mangsa kini berusia 20 tahun yang bernama Horace Owiti Opiyo atau mesra disapa sebagai Forence ini tidak dapat mengenakan pakaian normal seperti kawan-kawannya lain selepas menemui benjolan di kemaluan pada 2006.

Dipenjara Sebulan, Denda 70K Menyamar Doktor Gigi


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara China, yang menyamar sebagai doktor gigi, hari ini dipenjara sebulan dan didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyediakan klinik pergigian yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hakim Harmi Thamri Mohamed @ Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Chen Jianghong, 48, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah menyediakan klinik pergigian swasta yang tidak didaftarkan dengan KKM di sebuah bilik hotel di Wisma Chha Yong Fay, Choon Kuan Pasar Baru, dekat sini pada 10.55 pagi 28 Sept lepas.

Penarik Kereta Dihukum Mati Bunuh Pengasas AmBank


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pemandu trak tunda selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh pengasas Arab Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi pada 2013.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman juga menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas Koong Swee Kwan, 48, selepas didapati bersalah atas pertuduhan cuba membunuh balu Hussain, Cheong Mei Kuen, 53.

Netizen Kutuk Lara ‘Lembab’, Ini Komen ‘Pedas’ Awal, Scha


PASANGAN, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sememangnya antara selebriti yang cukup dikenali dan menjadi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tambahan pula, pasangan ini dilihat begitu aktif di media sosial dan bersikap terbuka untuk berkongsi perkembangan anak mereka, Lara Alana yang sering menjadi bualan hangat netizen.

Wanita Selamba Kencing Berdiri Dalam Tandas Lelaki


GILA… Langsung tiada rasa malu. Kejadian memalukan ini berlaku di Miami, Amerika Syarikat apabila seorang wanita dengan selamba masuk ke tandas lelaki dan kencing sambil berdiri.

Aksinya itu telah dirakamkan dan menjadi tular menerusi internet.

Ketika kencing sambil berdiri itu, dia dengan gembiranya sempat bersembang dengan lelaki di sebelahnya yang juga sedang kencing.

Lelaki Rogol Kanak-Kanak Direjam Hingga Mati


SEORANG lelaki telah direjam dengan batu sehingga meninggal dunia selepas ditangkap ketika merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Durban, Afrika Selatan.

Mayat lelaki berusia 40-an itu ditemui di celah semak di kawasan yang jauh dari laluan kenderaan.

3 Rempit Skuter Elektrik 100km/j Dicekup


SINGAPURA – Seramai tiga lelaki berjaya diberkas polis kerana didapati menunggang secara berbahaya skuter elektrik masing-masing dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam (km/j).

Polis Singapura menyatakan bahawa ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 32 tahun dengan 37 tahun itu ditangkap kerana menunggang secara berbahaya di laluan Nicoll Drive pukul 2.05 pagi pada Sabtu minggu lalu.

Kasut Termahal Dunia Harga RM64 Juta Di Dubai


DUBAI – Sepasang kasut paling mahal di dunia bernilai 55 juta dirham (kira-kira RM64 juta) bakal dipamerkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Rabu pada minggu depan.

Sepatu mewah ini akan dipaparkan buat julung kali kepada orang ramai bertempat di Hotel Raffles Dubai di sini bersempena dengan sambutan ulang tahun hotel itu yang ke-10, lapor agensi berita al-Arabiya.

Bayi Lecur Di Muka Selepas Ditinggalkan Ibu Sendirian


AKIBAT kecuaian ibu, si anak menanggung penderitaan. Seorang bayi berusia lima bulan mengalami lecur yang teruk di bahagian pipi setelah terjatuh di atas dapur yang menyala, selepas ditinggalkan sendirian di rumahnya di China.

Kecederaan itu memerlukan pembedahan dan ia hanya boleh dilakukan selepas luka di sebelah mukanya itu pulih.

Ketika kejadian dia ditinggalkan sendirian oleh ibunya.

Remaja 13 Tahun Trauma Diperkosa 21 Lelaki


MASALAH sosial seperti rogol, penyalahgunaan dadah, dan pelacuran antara isu yang masih hangat diperkatakan secara global.

Baru-baru ini dilaporkan seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun berada dalam trauma apabila telah menjadi mangsa rogol.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, gadis itu menjadi mangsa kepada 21 orang lelaki dan dirogol secara bergilir-gilir di dua lokasi dan waktu berbeza.

Doktor Tersilap Buang Buah Dada Dan Rahim


OREGON – Seorang wanita dilaporkan kehilangan kedua-dua belah buah dada dan rahimnya akibat kesilapan seorang doktor membaca keputusan ujian genetik yang dibuatnya pada tahun lalu.

Elisha Cooke-Moore telah mengikut saranan doktor yang merawatnya apabila dia diberitahu bahawa dia berisiko menghadapi kanser payudara dan kanser rahim daripada ujian genetik yang dibuat.

Thursday, 26 October 2017

Video ‘Bersama’ Tersebar, Hanna Anisa Kini Trending


MEDIA sosial dikejutkan dengan rakaman video lucah milik seorang gadis dikenali sebagai Hanna Anisa yang sedang tular sejak semalam.

Nama gadis tersebut kini menjadi trending dan menduduki ranking teratas dalam carta pencarian Google sejak video tersebut tersebar di alam maya.

Memetik beberapa sumber, Hanna merupakan salah seorang alumni di Universitas Indonesia (UI) iaitu antara pusat pengajian terbaik negara tersebut.

Barang Tak Sampai, Netizen ‘Serang’ FB Lazada Malaysia


LAZADA atau nama lainnya Ecart Services Sdn. Bhd. adalah sebuah laman web jualan atas talian yang besar dan terkemuka di Asia ni.

Kebelakangan ini, ramai betul yang mengadu pasal Lazada. Dah bayar, barang tak sampai. Ada juga yang kata dah bayar, tapi tracking number pula tak dapat dan sebagainya.

Berang dengan hal tersebut, netizen dikatakan telah menyerang laman Facebook rasmi syarikat jualan online tersebut. Biar betul?

Tapir Sesat Ditemui Mati Dimutilasi


KUALA LUMPUR – Seekor tapir mati dalam kejadian di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, kira-kira 1.30 pagi semalam, telah mencetuskan kontroversi dan dipercayai akibat penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan yang kurang sesuai.

Kejadian yang kini tular di laman sosial itu turut mendapat perhatian koresponden Channel News Asia (CNA) di Malaysia, Sumisha Naidu yang mengesyaki tapir itu mati berpunca “daripada tangan manusia”.

Kejam! Wanita Dibiar Dirogol Di Jalan Yang Sibuk


SEORANG wanita dirogol di tepi jalan yang sibuk pada waktu siang di barat India pada Ahad lalu.

Kejadian yang dirakamkan itu menyaksikan beberapa pejalan kaki melalui jalan tersebut tidak tampil untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

Mangsa diserang dan dirogol oleh seorang tukang cuci berusia 23 tahun dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Wanita Seret Budak Macam Anak Patung


NETIZEN dikejutkan dengan rakaman yang menunjukkan seorang wanita menyeret seorang kanak-kanak di sebuah jalan.

Menerusi klip video itu, wanita berkenaan berpakaian warna hitam sambil memegang beg sandang.

Namun menggunakan tangan kanannya, wanita tersebut mengheret seorang budak di belakangnya.