Tuesday, 29 August 2017

Keluarga Dedah Jasad Jacko Tiada Dalam Kubur


HAMPIR sepuluh tahun disemadikan, kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, pihak keluarga Michael memang sengaja merahsiakan lokasi makam penyanyi lagu hit Beat It itu.

Ibunya, Katherine Jackson, mendedahkan mayat Michael tidak ada di dalam keranda saat dimakamkan pada tahun 2009.

Lelaki Indonesia Ini Tak Jadi Kutuk Malaysia Lepas…


RASA-RASANYA perlawanan bola sepak separuh akhir antara pasukan Malaysia dan Indonesia antara yang dinanti-nantikan. Lebih-lebih lagi selepas timbulnya isu bendera dicetak terbalik dan juga isu pemain sepak takraw wanita Indonesia keluar padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

Sudah pasti terbit juga kebimbangan kalau-kalau akan ada pergaduhan antara kedua-dua penyokong. Tetapi syukur, mujur tiada apa yang serius terjadi.

DSV Kena Denda, Serik Nak Bersiaran Live Lagi


HARI ini pelantun lagu I Am Me, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida (DSV) didenda akibat menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM4,800 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas prosiding dibacakan. Namun, denda tersebut sudah dilunaskan.

“Bagi memudahkan semua pihak, saya mengaku salah,” katanya dipetik laporan myMetro.

Monday, 28 August 2017

Belajar Saja Tinggi, Tapi Akal Pendek


KUALA LUMPUR – Sekumpulan 10 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam memberikan alasan ‘karut’ apabila mendakwa perlu mengambil ganja sebelum memulakan ulang kaji pelajaran secara berkumpulan kononnya untuk mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari.

Dalam serbuan Op Cegah di sebuah pangsapuri di Shah Alam kira-kira jam 2 pagi semalam, kumpulan penuntut yang ditahan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Petaling Jaya sengaja memberikan pelbagai alasan demi untuk melepaskan diri.

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Ferrari


LELAKI maut apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta model Ferrari F430 di Kilometer 27.4 Lebuh raya Karak berdekatan Plaza Tol Gombak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kejadian jam 9.40 pagi itu mangsa, T Desmond Daniel, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Bapa Bimbang Anak Diculik Jadi Mangsa Pedofilia


KEVIN Gosden hanya mampu menatap gambar anak lelakinya, Andrew, selepas budak lelaki berusia 14 tahun itu hilang sejak 10 tahun lalu.

Apa yang dibimbangi oleh Kevin ialah anaknya itu diculik oleh kumpulan paedophile, selepas menaiki keretapi dari rumahnya di Yorkshire ke London.

Kini selepas 10 tahun, Kevin merayu kepada polis untuk membuka semula kes siasatan kehilangan anaknya itu sekali gus membantu membawa pulang Andrew ke pangkuan mereka sekeluarga.

Baru 13 Tahun Tapi Dah Berani Racun Rakan Sekelas


BAHARU berusia 13 tahun, namun budak ini sanggup meracun rakan sekelasnya dengan ubat nyamuk kerana cemburu dengan markah periksaan mangsa yang lebih baik daripadanya.

Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Mashya Pradesh, India. Budak itu mencampurkan ubat nyamuk bertoksid berkenaan ke dalam botol air minuman rakannya.

Mangsa kemudiannya muntah selepas minum air berkenaan dan dikejarkan ke hospital. Keadaannya dilaporkan stabil.

Pelakon Porno Terima Ugutan Bunuh Dari Daesh


SALAH seorang bintang filem lucah, Mia Khalifa, 24, mendakwa dia menerima ugutan bunuh daripada Daesh selepas memuatnaik gambar mempersendakan kumpulan berkenaan.

Mia dilahirkan di Lubnan dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 10 tahun.

Dia telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan ramai apabila melakonkan watak tidak senonoh dengan memakai hijab.

Sunday, 27 August 2017

'Ingat jalan raya ini bapak hang punya?!'..


Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal nyaris dirempuh sebuah kereta Peugeot nombor pendaftaran PGX29 di jalan dua lorong, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video yang dimuat naik oleh Amin Nasir jam 9.17 pagi tadi telah ditonton 149,280 ribu kali dan dikongsi 1,099 pengguna Facebook. 

Menurut Amin, kejadian itu berlaku jam 8.40 pagi tadi yang hampir menyebabkan beliau dirempuh pemandu Peugeot yang tidak bertanggungjawab itu.

Remaja 17 tahun dibelasah ibu selepas maklumkan dirinya hamil


BRAZIL - Viral video seorang wanita membelasah anak perempuannya berusia 17 tahun selepas remaja itu memaklumkan kepada ibunya bahawa dia telah mengandung. 

Difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan perumahan flat di negara Brazil.

Video yang dirakam oleh orang awam yang kebetulan ternampak kejadian itu berlaku, menunjukkan si ibu mengheret anak perempuannya itu dengan menarik rambutnya.

Tuan rumah rugi RM10,000 dek penyewa perempuan


Mengucap panjang melihat keadaan rumah sewa yang dihuni tiga wanita muda yang juga merupakan pelajar institut pengajian tinggi ini. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat yang selesa untuk berlindung, bertukar menjadi seperti tempat perlupusan sampah. Lebih mengejutkan lagi, salah seorang penghuninya tidur di bawah katil.

TERGERAK HATI nak pergi tengok rumah yang disewakan pada sekumpulan budak perempuan di salah sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia. Mula-mula saya pergi, mereka tak bagi masuk sebab saya lelaki. Tak apalah, memang logik pun mereka tak izinkan.

Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus


INDIA - Seorang lelaki menetak tangan remaja perempuan berusia 15 tahun dengan pedang di tempat awam menggemparkan orang ramai, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian yang berlaku di pasar Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh, mangsa berkunjung ke pasar tersebut bersama dengan ibu dan adik lelakinya.

Vinod Chaurasia, 19, yang bekerja di sebuah bengkel mengimpal besi, ternampak remaja itu keluar bersama adik lelakinya pada waktu tengah hari Rabu lalu cuba mengekorinya dan cuba mempelawa remaja itu untuk keluar dengannya.

Polis Terima Laporan Insiden Perlawanan MAS Vs INA


SHAH ALAM – Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian letupan mercun yang dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata laporan polis berkenaan dibuat anggotanya yang bertugas mengawal keselamatan di dalam stadium selepas tamat perlawanan.

Atlet Renang Indonesia Sepupu Acha Septriasa


SUKAN SEA pada tahun ini boleh dikatakan antara yang hangat dengan kejayaan dan juga penglibatan bukan sahaja dari kalangan atlet biasa, malah dari kerabat diraja dan juga menteri.

Baru-baru ini, pelakon dan juga penyanyi dari negara seberang, Acha Septriasa ada memuat naik satu posting dengan ucapan tahniah kepada atlet Indonesia.

Kalau nak diikutkan, perkara sebegitu adalah perkara biasa. Yalah pasti selebriti juga mengagumi atlet-atlet yang mewakili negara masing-masing dalam temasya sukan antarabangsa seperti ini.

Saturday, 26 August 2017

Lagi Berita Orang Kita Bikin Malu Di Jepun


TAK habis dengan berita tiga orang warganegara kita yang bikin malu di negara ‘matahari terbit’, kali ini, ada juga yang mengikut jejak mereka bertiga! Yang buruk tu juga mahu diikutnya.

Kenapalah sanggup memalukan negara sendiri ni? Aibkan diri sendiri tu satu hal, ni sampai memalukan negara sendiri! Aduh… Habislah calar imej Malaysia dekat sana.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Tok Sheikh memuat naik satu posting tentang aduan yang diterimanya selepas dimaklumkan oleh beberapa orang rakyat Malaysia ketika mereka berada di sana.

Gila! Potong Kemaluan Anak Semata Balik Pada Suami


KEJAM! Ini sahaja perkataan yang terkeluar kepada wanita ini bagi menggambarkan tindakan tidak masuk akal terhadap anaknya itu.

Seorang wanita di timur China telah memotong kemaluan anak lelakinya, semata-mata kerana mahu kembali ke pangkuan keluarga suami.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di Chongren, dekat bandar Fuzhou, wilayah Jiangxi.

Konon Kaya Terlampau, Orang Tua Tak Layak Tempat Mahal


KONON berlagak kaya sampai ‘sakit mata’ apabila tengok wanita tua makan sekali dala tempat mahal. Awak tu siapa sampai boleh hina orang lain macam tu sekali?

Orang kaya pun takkan cakap macam ni kot? Melainkan awak tu ‘acah-acah’ kaya! Ada lah seorang gadis yang ‘suci murni hatinya yang menggunakan nama Darlings Suhana, memuat naik satu posting di Facebook.

Postingnya tu benar-benar menyakitkan hati ramai netizen. Kaw-kaw kau kena kutuk dik!

Jurumakeup Artis Diserang, Terima Jahitan Di Kepala


APALAH nasib jurumekap yang sorang ni. Akibat dipukul. dia terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian tengah kepala!

Apa kes pulak ni? Jurumekap yang dikenali sebagai Eva Shahrul dikatakan telah dipukul oleh seorang juruaudio ketika mereka sedang menjalani penggambaran filem terbitan sebuah syarikat produksi tempatan.

Kata rakan baik Eva yan dikenali sebagai Deqsha, kejadian itu dikatakan telah berlaku kerana ada salah faham antara kedua-dua pihak pada minggu lalu.

Tak Sudah Kakak, Mak Joy Pula Buka Mulut Bela Anak


TAK cukup dengan kakaknya, sekarang mak dia pulak nak masuk campur urusan kelambu anak sendiri. Tak sudah-sudah pulak drama swasta ni.

Kalau har itu, kakak kepada Siti Arifah Mohd. Amin atau Joy, sibuk mengeluarkan kenyataan di Facebook yang membongkar hal rumah tangga Hafiz Hamidun dan adiknya sendiri.

Katanya mereka tidak pernah tidur sebilik, Joy dibiarkan sakit seorang diri dan banyak lagi.

Jackie Jalani Pembedahan, Tapi Masih Kuat Bekerja


PELAKON kung fu Hong Kong kegemaran ramai, Jackie Chan masih lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan walaupun usinya sudah mencecah 63 tahun!

Meskipun boleh dikategorikan sebagai golongan warga emas, Jackie masih lagi mampu untuk membuat aksi-aksi stunt seperti zaman muda-mudanya dulu.

Bagaimanapun, Jackie dikatakan mempunyai masalah kesihatan tetapi dia berkeras masih kuatkan dirinya untuk meneruskan penggambaran sehingga tamat.