Friday, 2 June 2017

Isteri Terpaksa Kurung Suami Mengamuk Di Bilik


AKIBAT takut dicederakan, seorang isteri terpaksa mengurung suaminya yang sedang mengamuk di dalam bilik rumah mereka Kampung Sungai Tua, Selayang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, sang suami dikatakan cuba mencederakan isterinya selain telah bertindak memecahkan siling dan cermin tingkap rumah mereka.

Malah, mangsa yang ketakutan turut melarikan diri dan meminta bantuan abang iparnya untuk menghubungi pihak polis.

Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej swasta dan rakannya ditahan kerana menyamar sebagai anggota tentera dan cuba menceroboh di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun menaiki kereta jenis Proton Saga menggunakan alasan memasuki kem kerana mahu bertemu kenalan mereka yang didakwa anggota tentera.

Jururawat Mengaku Bunuh 8 Warga Emas


ONTARIO – Seorang jururawat di Kanada, mengaku bersalah membunuh lapan pesakit warga emas menggunakan insulin dalam tempoh tujuh tahun di sebuah pusat jagaan.

Elizabeth Wettlaufer didakwa membunuh lima wanita dan tiga lelaki di Woodstock dan London, Ontario antara 2007 hingga 2014.

Semua mangsa dilaporkan berusia antara 75 sehingga 96 tahun. Pendakwa raya tidak memberikan butiran lanjut ketika mengesahkan pengakuan tertuduh itu menerusi e-mel.

Penggodam Rusia Bantu Trump Jadi Presiden?


MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin akhirnya mengakui wujud campur tangan dari negara beliau dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada November lalu yang menyaksikan Donald Trump memenangi pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun Putin menafikan penglibatan kerajaan Rusia sebaliknya membangkitkan kemungkinan rakyat Rusia yang patriotik melakukan penggodaman dalam keputusan pilihan raya AS itu.

Pecah Rekod Dunia, Tarik Helikopter Guna Alat Sulit


GURU Kung Fu, Ye Hongwei yang sebelum ini berjaya menarik tujuh buah kereta dengan hanya menggunakan alat sulitnya, kini dinobatkan sebagai pemenang rekod dunia selepas berjaya menarik helikopter dengan menggunakan organ kelakiannya itu.

Kejayaannya Hong Wei, yang menggunakan nama Ye Wei menarik helikopter yang berat itu disambut sorakan oleh ratusan orang yang hadir bagi menyaksikan acara bersejarah itu.

Bekas Pelacur Remaja Dapat Pampasan


SEORANG pelacur remaja yang menjadi alat pemuas nafsu kepada 24 anggota polis ketika dia berusia 16 tahun, menang dalam kes saman ke atas majlis bandaraya Oakland dan mendapat pampasan sebanyak RM4.2 juta.

Jasmin Abuslin, 19, mendakwa telah menjadi mangsa dan dieksploitasi oleh anggota polis terbabit.

Lelaki Dipenjara 70 Tahun, Campak Anak Dari Jambatan


RASAKAN, mereputlah dalam penjara. Seorang lelaki telah dihukum penjara 70 tahun atas dosanya membunuh anak lelakinya yang berusia tujuh bulan dengan mencampakkan kanak-kanak terbabit dari jambatan setinggi 90 kaki.

Tony Moreno, 23, melakukan perbuatan berkenaan pada Julai 2015 di atas jambatan Arrigoni yang merentasi Sungai Connecticut.

Padah Keluar Ikut Lubang Pintu Jeriji


GARA-gara cuba keluar dari rumah melalui lubang pintu jeriji, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun tersangkut kira-kira 40 minit sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 26, Shah Alam, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kanak-kanak lelaki itu dipercayai cuba keluar dari rumahnya di tingkat 14 blok C pangsapuri berkenaan.

Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata


PELANGGAN Resorts World Manila, Filipina berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjata, awal pagi tadi.

CNN Filipina melaporkan seorang lelaki bersenjata menyerang bilik judi di resort tersebut sebelum berjaya melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi (waktu tempatan).

Thursday, 1 June 2017

Video: Wanita Amuk Rebut Parkir Tunjuk Jari Tengah


LANGKAWI, KEDAH - Rakaman video seorang wanita membaling selipar pada kereta seorang pemandu hanya kerana tidak puas hati ditegur merampas parking yang telah ditunggu, viral di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 petang Selasa, di Bazar Ramadhan, Kuah, Langkawi, Lim mendakwa pemandu Proton Persona itu telah merampas parking, menyerang keretanya dan menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka.

Video yang dimuat naik Lim H. En itu semalam juga telah ditonton lebih 2 juta kali dan dikongsi 33,166 pengguna Facebook.

Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya


LAGI kejadian kereta dipandu melawan arus dan kali ini berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Kulai, Johor menghala utara.

Menerusi perkongsian Info Roadblock Jpj/Polis, sebuah video dimuat naik memaparkan sebuah kereta jenis Myvi memandu dalam keadaan laju di lorong bertentangan di lebuh raya tersebut.

Kenderaan tersebut turut menggunakan lorong kiri iaitu untuk lorong laju sepanjang memandu bertentangan arah.

Pegawai Polis Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan


SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri atas kerusi serta kesan darah di bawah kerusi di pejabatnya oleh anggota polis.

Mangsa yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial sepatutnya menghadiri mesyuarat pada 9 pagi tadi namun tidak munculkan diri.

Jim Carrey Jadi Suspek Kematian Teman Wanita


PELAKON Jim Carrey dijadual bakal menghadiri perbicaraan kes kematian teman wanitanya, Cathriona White dalam masa terdekat ini.

Ibu White, Brigid Sweetman mendakwa Carrey, 55, telah memberikan ubat yang menyebabkan mendiang anaknya mati akibat pengambilan ubat tersebut secara berlebihan.

Peguam Carrey, Raymond Boucher bagaimanapun telah memfailkan petisyen untuk menggugurkan pertuduhan tersebut.

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Bangunan


KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 ke tingkat satu sebuah apartmen di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 35 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu dikatakan terjatuh dari atas bangunan berkenaan selepas tergelincir.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, pihak polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 1 pagi menghubungi hospital dan pegawai perubatan yang kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

MH128: Suspek Dipercayai Alami Gangguan Mental


MELBOURNE – Suspek yang cuba mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) Penerbangan MH128 dipercayai mengalami masalah mental, menurut polis Australia.

Jurucakap polis berkata, insiden itu tiada kaitan dengan aktiviti pengganas dan suspek yang berusia 25 tahun itu telah ditahan.

“Ia merupakan insiden terpencil dan kami percaya suspek mengalami masalah mental,” kata jurucakap polis Australia, Superintendan Michael Goode pada satu sidang media.

'Aku Bunuh Kau Nanti' – Wany Hasnita Terima Ugutan


BAHARU mengecapi nikmat populariti menerusi lagu singlenya Menahan Rindu, penyanyi Wany Hasrita sudah diuji apabila menerima ugutan bunuh menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Wany, kejadian itu berlaku tiga minggu lalu dan dia kini mengambil langkah berwaspada dengan menyimpan segala bukti ugutan tersebut.

“Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.

Wanita `Ahli Sihir’ Rawat Penyakit Pakai Pedang


NGERI….seorang wanita yang dianggap sebagai `ahli sihir’ didakwa mampu menyembuhkan penyakit hanya dengan menggunakan pedang sahaja.

Wanita itu, Phuleshwari Devi, 45, dari Koriya, India, mendakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan meletakkan pedang terbabit di tempat yang mengalami kesakitan.

Dia dikatakan telah menjalankan perubatan tersebut sejak 25 tahun lalu.

Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne


PUTRAJAYA – Sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur lewat Rabu cuba ‘dirampas’ seorang penumpang, lapor media Australia.

Pesawat MH128 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine Melbourne pukul 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 5.28 pagi Khamis.

Bagaimanapun, pesawat MAB jenis Airbus A330-300 itu dilaporkan berpatah balik ke lapangan terbang kedua tersibuk di Australia tersebut beberapa minit kemudian ekoran cubaan gangguan daripada seorang penumpang.

Guru Temukan Kalimah Allah Pada Alat Mainan


PARIT BUNTAR – Seorang guru membuat aduan polis di sini berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.

Mahnun Mat Isa, 40, berkata beliau terkejut apabila menemukan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dilekatkan pada bendera dipegang watak ‘pengganas’ pada alat permainan itu.

Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar


KUALA LUMPUR – Mesej dan video tular di media sosial yang mendakwa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki di Jalan Sultan Ismail di sini, adalah tidak benar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata wanita warga Indonesia berusia 23 tahun itu merupakan suspek kes curi di Gombak.