Showing posts with label Opinion. Show all posts
Showing posts with label Opinion. Show all posts

Friday, 8 December 2017

Trump Mengambil Keputusan Paling Bodoh Dalam Sejarah


UMUM telah pun ketahui keputusan muktamad Presiden Donald J. Trump secara satu pihak mengiktiraf Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota negara Israel pada malam Rabu lalu.

Beliau juga telah bersetuju untuk memindahkan bangunan kedutaaan negaranya yang kini berada di Tel Aviv ke bandar raya Baitulmaqdis.

Tindakkan terbaharu diambil Trump ini boleh dianggap paling bodoh dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat (AS) khusus berkaitan konflik antara masyarakat Palestin dan Israel sejak penubuhan haram negara Israel pada 1948.

Wednesday, 22 November 2017

Skandal Seks Di Kalangan Remaja, Posting Ini Buka Mata Dunia!


ALAHAI… Saban hari, ada sahaja berita mengenai gejala sosial yang melibatkan kalangan remaja termasuklah mereka yang masih di bangku sekolah.

Nak menangis rasanya tengok perangai budak-budak sekolah sekarang ini yang bermacam-macam rupa.

Mana taknya, masih di sekolah lagi sudah pandai melakukan seks serupa lagak orang dewasa. Tak senonoh betul!

Monday, 14 August 2017

Aziz M.Osman Bidas Pelakon Lama, ‘Dulu Dia Pun Sama’


SEJAK kebelakangan ini semakin ramai pelakon senior dilihat semakin lantang mengkritik kehadiran pelakon-pelakon baharu yang kebanyakannya disifatkan kayu dan tidak berbakat oleh mereka.

Terbaharu, bertitik tolak daripada isu itu, seorang pengarah berpengalaman, Aziz M. Osman baru-baru ini ada menulis satu twit sinis seolah-olah ditujukan buat pelakon-pelakon lama yang sering kali mengkritik artis-artis baharu.

Sunday, 13 August 2017

Que Haidar ‘Sound’ Pelakon ‘Kayu’ Join Kelas Lakonan


SEMALAM menerusi laman Facebook Movie Addict, Que Haidar telah memuat naik satu posting yang menegur pelakon-pelakon baharu untuk menimba ilmu menerusi bengkel lakonan yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menerusi posting itu, beliau dilihat kesal kerana pelakon-pelakon baharu langsung tidak kelihatan dalam bengkel-bengkel lakonan di bawah kelolaan pelakon-pelakon ‘otai’, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi, Elly Suriati Omar dan Zul Huzaimi.

Wednesday, 28 June 2017

Baju Macam Alas Meja, Nora Dah Lali Kena Kutuk


PELAKON Nora Danish yang maklum mengenai hal baju rayanya heboh diperkatakan netizen menyifatkan perkara itu tidak menjadi kudis buatnya memandangkan dia sudah lali menjadi bahan kritikan orang di luar sana.

Nora turut ‘memuji’ kreativiti sesetengah netizen yang mengatakan bajunya seperti alas meja.

“Saya berasa mereka bosan. Lagi pula mana ada mengenai saya yang tak tular. Saya sudah biasa dengan semua itu. Mereka memang kreatif.

Tuesday, 13 June 2017

Kenakan Cukai Hanya Pada Pelancong Luar – PCM


KUALA LUMPUR – Cukai Pelancongan yang bakal dilaksana dicadangkan hanya dikenakan kepada pelancong dari luar negara sahaja.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, ia sejajar dengan slogan kerajaan iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

“Bagi pihak PCM, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya memberi pertimbangan agar cukai ini dijalan dalam dua fasa.