Sunday, 2 April 2017

Polis Kecewa, Remaja Ulangi Berbasikal Lewat Malam


JOHOR BAHRU – Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh hari ini meluahkan kekecewaannya atas kedegilan sekumpulan remaja yang mengulangi kegiatan berbasikal lewat malam di lokasi sama yang meragut lapan nyawa 18 Februari lalu.

Luahannya itu susulan penahanan 22 remaja berusia antara 14 dan 17 tahun yang didapati berkumpul dan berlumba basikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi tadi.

Menyifatkan nasihat polis sebelum ini ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’, Sulaiman berkata sebahagian daripada yang ditahan itu juga adalah saksi kemalangan ngeri tersebut.

Video: Pemandu Lori ‘Bebal’ Buat Pusingan U…


JOHOR BAHRU – Tindakan kurang bijak seorang pemandu lori yang membuat Pusingan U di tempat tidak sepatutnya menyebabkan sebuah kereta merempuh bahagian sisi kanan lori berkenaan.

Dalam kejadian jam 9.11 pagi kelmarin di Plaza Tol Perling, mangsa yang memandu kereta jenis Kia Forte Koup dikatakan hanya cedera ringan di beberapa bahagian anggota badan.

Berdasarkan video dashcam yang dirakam pengguna jalan raya yang melalui lebuhraya tersebut, pemandu lori itu terdahulu dilihat memperlahankan kenderaannya di bahagian kiri jalan sebelum tiba-tiba membuat pusingan U.

6 Maut, MPV Dihempap Treler Di Lebuhraya PLUS


KUALA KUBU BHARU – Enam maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap treler yang terbabas di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah Lam Leong Choy, 76, Low Wai Loon, 46, Lam Jie Yang, 19, Wong Check Lee, 53, Lam Jie Hong, 13, dan Lam Wai Keat, 38.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. R. Supramaniam berkata treler membawa muatan tanah yang menghala ke arah utara itu, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan yang sama.

Amelina Tertekan Peminat Mahukan Dirinya Yang Dahulu


RATU dangdut tanah air, Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina akui tertekan dalam memenuhi kehendak peminat yang menginginkan imej dirinya yang dahulu.

“Banyak permintaan bila nak keluar album? Zaman dulu mana ada lagu single? Tetapi permintaan mereka ini menyebabkan tekanan yang amat sangat sebab mereka nakkan Amelina yang lama, nakkan muzik Amelina yang lama. Mana I nak cari?” soalnya kepada portal BERITAMediacorp.

Amelina atau lebih mesra dipanggil Alin membuat kemunculan semula sekitar 2014 setelah sekian lama menyepi selama 15 tahun tidak berjaya menghilangkan ‘kehausan’ para peminatnya yang merindukan rentak lenggok alunan dangdutnya yang dahulu.

Korea Utara Musnah Mayat, Hapus Bukti Bunuh Jong-nam


SEOUL – Setelah berjaya mendapatkan kembali mayat Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, negara komunis itu dilaporkan sedia memusnahkan jasad tersebut.

Menurut media Korea Selatan, langkah itu perlu dilakukan untuk memusnahkan bukti penglibatan rejim diktator tersebut dalam pembunuhan kejam terhadap ahli keluarganya sendiri, kata seorang penganalisis tempatan.

“Pyongyang akan segera melupuskan mayat dan cuba untuk mematikan sahaja isu panas ini. Mereka sanggup bakar mayat sesiapa sahaja seterunya,” kata Kim Kwang-jin, penyelidik di Institut Strategi Keselamatan Negara di sini.

Kalah Saman Kosmo!, Shila Muat Naik Status ‘Pedas’


PENYANYI terkenal Shila Amzah gagal dalam tuntutannya setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam menolak samannya terhadap seorang wartawan akhbar Kosmo! dan dua pihak lagi berkenaan.

Ia berhubung satu artikel yang pernah disiarkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu popular tersebut pada pada tarikh 17 September 2014 lalu.

Hakim Datuk Rosnaini Saub menolak saman yang difailkan penyanyi lagi ‘Patah Seribu‘ itu selepas mendapati artikel diterbitkan defenden tidak berniat jahat dan mengandungi ulasan saksama.

Lagi 13 VIP Diburu SPRM Cuba Sogok Sultan Johor


PUTRAJAYA – Nampak gayanya seperti sudah berjangkit pula apabila kes ini tiba-tiba menjadi kes besar dan ramai bakal panas punggung kerana ia melibatkan golongan kaya dan berkedudukan.

Daripada asalnya hanya seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dari Klang, Selangor, kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa memburu lagi 13 orang kenamaan di seluruh negara.

Ia bagi membantu siasatan suruhnjaya itu terhadap kes cubaan menyogok Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Hajat nak kencing terbantut sebab kena rakam


BAHAU - Hajat seorang wanita untuk membuang air kecil terbantut selepas seorang lelaki dikesan membuat rakaman ketika berada dalam tandas wanita dekat sebuah pasar raya di Bahau tengahari tadi.

Kejadian sekitar jam 12.45 tengahari, wanita berusia 21 tahun itu menyedari seperti ada cahaya dari bahagian bawah tandas sebelahnya seperti flash kamera.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang curiga dengan keadaan itu cuba melihatnya dengan teliti kemudian ternampak tangan yang sedang memegang telefon.

Suami isteri gantung diri


Pasangan suami isteri ditemukan mati dengan menggantung diri dipohon dekat sungai, Mayat keduanya ditemukan di Dusun Wonorejo Desa Slemanan Blitar Jawa Timur Jumaat (31/3) sekitar pukul 07.00 pagi.

Paur Humas Polres Blitar, Kota Bripka Joko Pramusinto mengesahkan kejadian tersebut. 

Menurutnya, mangsa tersebut dikenali sebagai Meseno (52) dan Siti Nafiah (51) ditemukan pertama kali oleh tetangga mangsa yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Saturday, 1 April 2017

Inul didakwa hina ulama


Jakarta: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista kini berdepan siasatan polis selepas menulis komen yang didakwa menghina ulama di laman Instagram miliknya. 

Advokat Pembela Ulama membuat laporan polis terhadap Inul Isnin lalu dengan mendakwa komen yang ditulis penyanyi itu melanggar undang-undang menghina agama.

Sebelum menulis komen berkenaan, Inul terlebih dahulu memuat naik gambarnya bersama Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok di Instagram.

Padah nak baham landak


Rio de Jenerio, Brazil: Malang bagi seekor ular boa yang menderita kesakitan ketika cuba membaham landak namun landak itu mempertahan dirinya dengan menembak duri pada badan ular berkenaan. 

Dalam kejadian di Brazil yang tidak dinyatakan tempat dan masa ini, rakaman video menunjukkan ular itu tidak berdaya bergerak sebaliknya mengeliat kesakitan dengan duri landak memenuhi hampir seluruh badannya.

Pencuri dipaksa gali kubur sendiri


Johannesburg, Afrika Selatan: Seorang lelaki yang ditangkap penduduk kerana disyaki melakukan banyak jenayah pecah rumah dipaksa menggali lubang sebelum separuh badannya ditanam dalam lubang itu. 

Dalam rakaman video yang disiarkan semalam, orang ramai di bandar Dwarsloop di wilayah Mpumalanga kemudian memukul lelaki itu yang separuh badannya tertanam.

Lembu diberi minum bir untuk peroleh daging lebih lembut


Chimay (Belgium): Seorang penternak di sini memberi lembu ternakannya meminum empat liter bir setiap hari, kononnya ia boleh menyedapkan lagi daging haiwan itu. 

Hugues Derzelle berkata, dia mendapat idea untuk berbuat demikian selepas membaca kisah pengeluar daging di Kobe, Jepun, menyanyi dan memberi haiwan ternakan mereka minum bir.

Walaupun cerita di Jepun itu hanya mitos, Derzelle yakin lembunya tidak akan mabuk, sebaliknya percaya tindakannya dapat melembutkan lagi daging haiwan berkenaan.

Remaja 19 tahun godam 4,600 laman sesawang


Jakarta: Seorang remaja berusia 19 tahun ditangkap polis kerana menggodam lebih 4,600 laman sesawang dan sistem komputer termasuk milik kerajaan sejak setahun yang lalu.

Remaja itu dikenali sebagai Haikal dan tidak bersekolah juga didakwa mencuri tiket penerbangan dalam sebuah laman sesawang menjual tiket dalam talian, tiket.com. 

Menurut Tribunnews.com, tindakan itu menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian mencecah Rp6.1 bilion (RM2.03 juta).

Seluar dalam lelaki RM49,000


Sydney: Sebuah syarikat Australia, aussieBum mencipta seluar dalam paling mahal di dunia yang dijual dengan harga AU$14,500 (RM49,000) - lebih mahal daripada sebuah kereta kecil.

Ia dibuat daripada benang pukal emas 24 karat yang dihasilkan di German dan dijahit menjadi seluar dalam di Queensland. 

aussieBum diasaskan oleh warga Australia, Sean Ashby pada 2001. Katanya, idea mengeluarkan seluar dalam emas itu adalah ilham daripada kecemerlangan era industri perlombongan emas negara itu.

Pyongyang marah, McCain gelar Jong-un budak gemuk gila!


WASHINGTON: Korea Utara sangat marah apabila Senator Amerika Syarikat John McCain menyifatkan pemimpin tertinggi negara tersebut Kim Jong-un sebagai “budak gemuk gila” dalam wawancara beliau dengan televisyen MSNBC.

Beberapa bulan lalu, Korea Utara turut tersingung dengan China yang melarang pelayar internet mencari subjek bertajuk “Kim Gendut” di alam maya.

Kenyataan provokasi Kim membuat media kerajaan Korea Utara KCNA menyifatkan kata-kata McCain seumpama pengisytiharan perang.

Suami Isteri Bakar Kemaluan Remaja Rogol Anaknya


SEPASANG suami isteri di Nigeria ditangkap kerana didakwa membakar zakar seorang remaja lelaki kerana mengesyaki individu terbabit merogol anak perempuannya yang berusia empat tahun.

Menurut pihak polis negara itu, Atiku Yahaya dan Farida Hamza dilaporkan membayar sekumpulan lelaki muda untuk menculik Ahmad Ibrahim, 17, selepas mengesyakinya merogol anak perempuan mereka pada 24 Mac lalu.

Sekeping foto yang dirakam oleh pihak Hospital Pakar Sokoto memaparkan kesan terbakar pada kemaluan Ahmad dan terdapat parut di kelangkang pahanya akibat perbuatan kejam itu.

Gambar & Identiti Tan Sri Cuba Rasuah Sultan Johor


Susulan isu seorang Tan Sri cubaan merasuah Sultan Johor sebanyak RM2 juta tempoh hari untuk gelaran ‘Tan Sri’, hari ini indivdu tersebut dibawa ke Mahkamah Putrajaya jam 9.45 pagi tadi.

Jika sebelum ini identiti indvidu tersebut cuma didedahkan seorang berketurunan Cina dan berkepala botak, kali ini identiti ‘Tan Sri’ itu berjaya dibongkar.

Majikan Jahanam: Rakam dan ketawakan amahnya jatuh bangunan


Polis menahan seorang wanita kerana merakam kejadian pembantu rumahnya dari Ethiopia terjun dari tingkat tujuh dalam cubaan membunuh diri, bukannya menyelamatkan wanita itu.

Kekejaman wanita itu tergambar apabila dia kedengaran ketawa ketika pembantu rumah terbabit bergayut pada birai tingkap sebelum jatuh.

Malah, dia merakam seluruh kejadian itu termasuk amahnya terbaring di atas bumbung di bawah dan memuat naik video itu ke media sosial.

Pengorbanan Seorang Suami & Ayah Yang Cukup Menyedihkan


Air mata Munaria tak terbendung ketika tiba petang tadi di kediaman arwah suaminya Akbar yang ditelan maut ular sawa sepanjang 7 meter isnin (27/3/2017) malam..

Muna datang bersama dua anak puterinya, Putri Asawiyah Azisah Akbar (5) dan Nur Aqifah Naila Akbar (3 bulan).

Beliau mengetahui suaminya meninggal baru semalam selepas ia dimaklumkan oleh adiknya Rusdi yang datang ke kampung berkenan.

Beliau berkata dia tidak tahu pun bahwa suaminya sudah meninggal, Muna dan anaknya hanya mampu menatap bekas tempat pembaringan jenazah Akbar.