Monday 11 September 2017

Bakar Teman Wanita Kerana Belum Sedia Jadi Bapa


SEORANG ibu terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan kesakitan yang amat sangat selepas tubuhnya melecur akibat dibakar oleh teman lelakinya, yang belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.

Kejadian itu mengakibatkan sebahagian besar badan Andrea Grinage melecur namun dalam kesakitan itu, wanita yang berusia 30 tahun dan berasal dari Maryland, Amerika Syarikat, tetap tabah untuk bersalin.

Dia melahirkan seorang anak perempuan kira-kira tujuh minggu lebih awal dan kedua-duanya kini dalam proses pemulihan.

Andrea turut mempunyai dua anak lelaki berusia lapan dan 15 tahun. Kini bapa Andrea, telah melancarkan kempen memungut sumbangan menerusi laman web GoFundMe bagi membantu anaknya menjalani rawatan.

“Tempoh pemulihannya sangat panjang. Tolong hentikan keganasan rumah tangga,’’ demikian tulis bapanya.

Menurut Arthur, jika tidak bersedia untuk bertanggungjawab dan memiliki anak, lelaki itu sepatutnya angkat kaki, bukannya melakukan perbuatan itu.

Sementara suspek, telah dikenalpasti oleh Andrea dan lelaki itu juga telah mengugut keluarga Andrea. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments